Saturday 16 November 2013

SELAMAT BERCUTI

LAWATAN PELAJAR TAHUN 6 2013

SEBAGAI HADIAH USAHA MEREKA SEPANJANG TAHUN 2013. PIHAK SEKOLAH TELAH MENJAYAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEPADA PELAJAR . Pada 14hb November 2013. (Khamis)

Lawatan dibuat di SABAH TIMES, Muzium Negeri dan Muzium Tamadun Islam








keratan akbar News Sabah Times pada 15/11/2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2013

bertempat di Dewan Sri Dayang kg Lumadan. Majlis Hari Kecemerlangan pelajar 2013. dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji sipri Abd razak, Penyelia Pendidikan Pedalaman Bawah  Beaufort, JHEAINS. Saksikan perkongsian aktiviti bergambar sepanjang majlis ini:

Persiapan terakhir oleh guru-guru

pendaftaran masuk ibubapa di buku kehadiran sekolah

YDP PIBG Sekolah memberi penerangan dengan Bapa pelajar keputusan SRU 2013

Para ibu juga memberi kerjasama mennandatangani kehadiran mereka

Kehadiran Penyelia Pendidikan PPB JHEAINS Tn Hj Sipri Abd razak

Persembahan Tahun 1 & 2 Chicky Dance
YDP PIBG En Muanam Mujiarto memberi ucapan
wakil pelajar Mohd Isam Safwan memberi ucapan ringkasnya
Guru Besar Sekolah Ustaz Ariffin Hj Bakri memberi ucapan
YBhg Tn Hj Sipri Abd Razak memberikan Ucapan merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar 2013
Color Speaking "Kasih Sayang" persembahan pelajar tahun 3 & 4
acara majlis : penyampaian hadiah pelajar cemerlang setiap kelas. dari tahun 1 - 6, Anugerah Kehadiran dan kebersihan pelajar, anugerah pelajar cemerlang Tahap 1 & 2. penyampaian sijil SRU 2012 dan penganugerahan pelajar cemerlang SRU 2013

gambar kenangan Guru dan YDP PIBG sempena majlis Hari Anugerah kecemerlangan pelajar 2013
Tahniah Warga pendidik dan Ibubapa SAN Lumadan 2013

Wednesday 12 June 2013

ALAHAI ANAKKU

Kelmarin. Seperti aktiviti harian sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Salah satu aktiviti wajib adalah melakukan solat berjemaah Asar bersama pelajar sebagai salah satu kelas bimbingan agar mereka jadikannya rutin harian.

Satu gelagat lucu dirakam oleh rakan guru apabila seorang pelajar tertidur semasa SUJUD. Sebaik sahaja ibadah solat selesai, pelajar ini masih tidak bergerak dalam posisi tersebut.

Agaknya keletihanlah tu. Walau kasihan tetapi ia tetap peristiwa lucu

Friday 17 May 2013

UCAPAN USTAZ RAZALI

Sempena ketibaan peperiksaan semestar 1 2013. Pengurusan sekolah mengadakan majlis solat hajat di surau sekolah.  Dengarkan rakaman pesanan dari ustaz hj Razali

Monday 13 May 2013

TAKLIMAT DAN PENYERAHAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Hari ini. Ibu bapa pelajar sekolah hadir untuk mendengar taklimat serta menandatangani AKUJANJI penjagaan buku teks sepanjang tempoh buku tersebut dipakai oleh pelajar sehingga akhir tahun.

Bertempat di Balai raya kg Lumadan. Taklimat disampaikan sendiri oleh Guru besar Ust ariffin hj Bakri dan Ust Mohd razali abdullah di hadiri oleh ibubapa pelajar dan diikuti penyerahan buku teks di bilik darjah pelajar.

Alhamdulillah. Selepas ini. Tiada lagi masalah penggunaan buku teks. Terima kasih

Friday 10 May 2013

DINANTI AKHIRNYA TIBA

Lega dan bersyukur apabila penantian suatu penyeksaan berakhir! Buku teks yang dinanti sejak bulan januari akhirnya sampai di sekolah.

Apa lagi. Semua guru yang bertugas melakukan pelabelan buku sebelum penyerahan buku SPBT pada hari isnin kelak.

Bilik guru berselerak seketika. Dah berubah menjadi bilik mini stor. Tak apa... janji kerja selesai.

Terima kasih pihak jabatan. Walaupun pengurusan memang lambat menyelesaikan urusan ini.

Friday 8 March 2013

WARGA PENDIDIK SEKOLAH


WARGA TAHUN 6 2013


WARGA TAHUN 5 2013


WARGA TAHUN 4 2013


WARGA TAHUN 3 2013


WARGA TAHUN 2 2013


WARGA TAHUN 1 2013


HIMPUNAN MINGGUAN

Hari ini, guru bertugas adalah ustazah Dg Maimunah Hj Sidek. seperti minggu-minggu yang lepas. Nasihat dan teguran disampaikan kepada pelajar agar mereka terus ingat dan amalkan dalam tempoh mereka melangkah sebagai manusia yang berilmu dan berakhlak mulia




KOKUM: SOLAT HAJAT

Hati mana tak sedih. Hati mana tak sakit. Hati mana tak risau dengan insiden yang berlaku bukan sahaja di Lahad Datu. malahan melibatkan daerah Semporna sudah cukup melukai hati rakyat Sabah. Mereka tidak sedar diri malaungkan kononnya Sabah adalah milik mereka walaupun mereka adalah penceroboh negeri tercinta ini.

Petang ini, guru-guru bersama pelajar-pelajar sekolah mengadakan majlis solat Hajat memohon kepada Allah swt agar diberi perlindungan dan keamanan negeri Sabah dan Malaysia. Dipertahankan Kedaulatan Negara.








semasa melakukan solar Hajat






Alhamdulillah selepas solat Hajat. semua pelajar dan guru menjamu selera dengan jamuan yang sudah disediakan . 


Tuesday 19 February 2013

SELIAAN PRAKTIKAL


Semalam salah seorang guru yang sedang dalam latihan maktab perguruan telah diselia oleh Penyelia.
Sesi P&P berjalan seperti yang telah ditetapkan dan berjalan lancar.




Tahniah ustazah Salvia