Friday 17 May 2013

UCAPAN USTAZ RAZALI

Sempena ketibaan peperiksaan semestar 1 2013. Pengurusan sekolah mengadakan majlis solat hajat di surau sekolah.  Dengarkan rakaman pesanan dari ustaz hj Razali

Monday 13 May 2013

TAKLIMAT DAN PENYERAHAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Hari ini. Ibu bapa pelajar sekolah hadir untuk mendengar taklimat serta menandatangani AKUJANJI penjagaan buku teks sepanjang tempoh buku tersebut dipakai oleh pelajar sehingga akhir tahun.

Bertempat di Balai raya kg Lumadan. Taklimat disampaikan sendiri oleh Guru besar Ust ariffin hj Bakri dan Ust Mohd razali abdullah di hadiri oleh ibubapa pelajar dan diikuti penyerahan buku teks di bilik darjah pelajar.

Alhamdulillah. Selepas ini. Tiada lagi masalah penggunaan buku teks. Terima kasih

Friday 10 May 2013

DINANTI AKHIRNYA TIBA

Lega dan bersyukur apabila penantian suatu penyeksaan berakhir! Buku teks yang dinanti sejak bulan januari akhirnya sampai di sekolah.

Apa lagi. Semua guru yang bertugas melakukan pelabelan buku sebelum penyerahan buku SPBT pada hari isnin kelak.

Bilik guru berselerak seketika. Dah berubah menjadi bilik mini stor. Tak apa... janji kerja selesai.

Terima kasih pihak jabatan. Walaupun pengurusan memang lambat menyelesaikan urusan ini.