Friday 28 February 2014

BERMULA MUSIM IKHTIFAL ILMI



Pagi tadi, telah diadakan mesyuarat jawatankuasa KOKUM kini diberi nama baru Majlis Ikhtifal Ilmi peringkat Pedalaman Bawah Beaufort.

Mesyuarat diadakah di SAN Pekan Beaufort dipengerusikan oleh Penyelia Pendidikan JHEAINS Pedalaman bawah Beaufort.

Pada tahun ini, tuan rumah majlis adalah daerah Beaufort yang bakal diadakan pada 3hb April 2014.

Semoga tahun ini semakin ramai peserta cemerlang mewakili bahagian dilahirkan sekali lagi

Tuesday 25 February 2014

AKTIVITI TAZKIRAH PELAJAR



Rakaman ketika pelajar menerima tazkirah di masjid Ad Raudah kg Lumadan selepas mengerjakan solat berjemaah Asar

Thursday 20 February 2014

SUASANA JUALAN KANTIN SEKOLAH



Nampaknya seluruh pelajar di sekolah ini sudah menunjukkan kegembiraan kerana kini berpeluang menikmati makanan yang lebih praktikal sebelum memulakan sesi persekolahan dan semasa rehat.

Kini tiada lagi jualan makanan ringan dan jualan sudah mencukupi dan mampu menampung jumlah pelajar sekolah ini. Alhamdulillah. Semoga suasana positif ini berterusan

Wednesday 19 February 2014

APA YANG PENTING ... KERJASAMA


Kasihan juga ada di kalangan murid yang menghadapi masalah apabila mengadu buku teks sekolahnya berendam dalam banjir. Banjir minggu lepas telah menenggelamkan sebahagian besar rumahnya.

Pada mulanya semasa menerima laporan berkenaan, berbincang dengan guru besar dan guru SPBT, tindakan menyalin buku teks untuknya. Namun setelah memeriksa kondisi buku berkenaan. Rancangan pertama tidak perlu dilakukan tetapi buku yang basah boleh diselamatkan.

Memandangkan cuaca tidak stabil, matahari hanya panas seketika,mengeringkan buku berkenaan dengan kaedah menjemur adalah tidak praktikal. Membiarkan buku berkenaan kering di bawah kipas akan mengambil masa terlalu lama dan buku akan kembang. Akhirnya diputuskan setiap guru mengambil buku dan
mensterika (ion) buku berkenaan.


Tidak sukar kerana hanya seorang sahaja murid mempunyai masalah berkenaan. Kasihanlah, dia calon SRU tahun ini pula. Tindakan pantas wajar dilakukan

Monday 17 February 2014

PENYAKIT LAMA: KOYAK LEMBARAN BUKU NOTA


Hari ini ada guru memaklumkan seorang murid kelas 3 didapati buku nota salinannya yang sepatutnya 60 muka surat kini hanya berbaki 8 muka surat sahaja. ( alahai.. ini memamg penyakit lama sejak dulu lagi)


Apabila guru bertanya ke mana hilangnya halaman lain. Murid berkenaan mengadu bahawa kakaknya suka mencabut kertas dari nota salinannya.

Agaknya kertas berkenaan untuk apa ya???? - perkara ini akan dibawa bincang bersama Guru Besar. Insyallah

Thursday 13 February 2014

BANJIR



Hari ini, murid tidak ramai hadir ke sekolah. Banjir. Itulah keadaannya.



Menurut laporan guru besar. Mangsa banjir kali ini sebahagian besarnya telah dipindahkan ke penempatan sementara di dewan Sri dayang Lumadan. Dari kawasan kg Jaya Baru Lumadan dan Batu 6.


Nampaknya pada tahun ini, banjir besar berulang sekali lagi setelah 33 tahun berlalu. Menurut maklumat banjir besar 1981, ketika itu empangan Tenom belum lagi dibangunkan. Tetapi tahun ini 2014  keadaan sama berulang. Jika empangan Tenom itu belum dibangunkan, kemungkinan banjir 2014 lebih dalam lagi.

Semoga banjir ini kembali pulih dan murid-murid kembali belajar seperti biasa.

Wednesday 12 February 2014

SUASANA DALAM MAJLIS MAULIDUR RASUL DI BEAUFORT


Guru Besar - Ust Ariffin dan ustaz Hj Mohd Razali (USLEE)
usth Siti Nur Atikah (TIKA) bersama pelajar 

Selepas berarak mengelilingi pekan Beaufort. Semua peserta perarakan masuk ke Dewan Pak Musa bagi majlis seterusnya.

Iffah memang si manja usthnya TIKA

pendekar sekolah yang bersemangat
gaya si srikandi sekolah 



Inilah suasana dalam dewan Pak Musa Beaufort. Penuh dan meriah. Alhamdulillah.

Sengaja nak kongsikan suasana ini.

PENYERTAAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 2014


"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Sambutan peringkat daerah Beaufort tahun ini diadakan pada hari Khamis 13hb Feb 2014.(hari ini dan sedang  berlangsung  ketika artikel ini dibuat)





Sekolah ini bersama KRT Kg Lumadan berganding bahu menyertai perarakan dan pertandingan sepanduk . Murid tahun 5 dan 6 dilibat sertakan kali ini selain guru dan ahli jawatankuasa KRT Kg Lumadan.


Walau dalam keadaan cuaca mendung. Ia tidak membantutkan semangat murid dan ahli perarakan lain kekal setia dalam majlis berkenaan.


Sepatutnya hari ini seluruh warga pendidik turut menyertai perarakan ini. Namun, tidak semua guru berkesempatan hadir kerana terlibat dengan banjir dan laluan jalan raya menghubungi ke Beaufort dari rumah mereka telah ditenggelami air banjir.

Beberapa pasukan lain sempat dirakam oleh lensa warga pendidik, memeriahkan semangat sambutan Maulidur rasul tahun ini. ( gambar Dikongsikan dalam artikel ini)









Menurut tatacara majlis ini, selepas penghakiman dilakukan ke atas sepanduk yang menyertai pertandingan sepanduk. Perarakan akan dibuat iaitu bermula dari tapak tamu Beaufort bergerak mengelilingi pekan Beaufort dan kembali ke tapak tamu berkenaan sebelum masuk ke dewan Pak Musa bagi acara seterusnya.

Kemungkinan tahun ini hanya pertandingan sepanduk dan majlis tilawah Al-Quran sahaja diadakan serentak. Manakala pertandingan Marhaban dan Nasyid akan diadakan pada program yang lain.










All the best pasukan SAN Lumadan dan KRT Kg Lumadan.

Akan disambung artikel lain selepas ini.

Tuesday 11 February 2014

KEY IN DATA CALON SRU 2014


Seramai 15 calon telah dimasukkan secara ONLINE bagi pendaftaran Sijil Rendah Agama (SRU) tahun ini.
Semoga mereka meneruskan perjuangan dan keputusan seperti abang-abang dan kakak-kakak mereka sebelum ini.


All the best Calon SRU 2014

selamat ulang tahun10/02


Guru yang menyambut hari jadinya semalam. 10/02. 

Sunday 9 February 2014

HUJAN LAGI


Dalam 4 hari kebelakangan ini, hujan mulai turun kembali.


Masalah yang dihadapi ketika hujan lebat apabila laluan jalan kaki atau koridor bangunan sekolah akan dibanjiri air hujan.


Longkang pula tidak mampu menampung limpahan air hujan yang menuruni atap sekolah.