Friday 25 April 2014

SELAMAT CUTI DI HUJUNG MINGGU

KOKUM GROUP 3




Hari ini giliran kumpulan 3 guru mengadakan aktiviti ko-kurikulum, iaitu Ustaz Hj Mohd Razali dan Ustazah Rahmah.




Aktivitinya adalah menyusun potongan surah lazim yang telah diceraikan mengikut kumpulan.




Aktiviti ini diadakan dalam surau dan pelajar sangat aktif menyelesaikan tugasan mereka secara  berpasukan.
Tahniah guru kumpulan 3 kerana berjaya melaksanakan tugasan kumpulan mereka.

Monday 21 April 2014

UJIAN AL QURAN FASA 1: HAFAZAN


Semalam ujian al quran nazari selesai dilaksanakan oleh guru Al Quran Nazari. Bermula hari ini, calon SRU 2014 akan memulakan ujian bacaan Hafazan mereka pula.



Guru yang menjalanakan tugas untuk ujian berkenaan Ustazah rozimah yang juga merupakan guru matapelajaran berkenaan.



Saat gambar ini diambil. Calon pertama sedang diuji

Selamat berusaha calon SRU 2014!!!

UJIAN AL QURAN FASA 1 SRU 2014


Bermula hari ini hingga 25hb April 2014. Ujian bacaan al quran Nazari dan hafazan bagi calon SRU 2014 telah bermula.



Hari pertama ditumpukan kepada matapelajaran Al quran Nazari yang akan dikelola ustazah Siti Nuratikah
Selamat berusaha!!!

Friday 11 April 2014

KOKUM KUMP 2 : MENCARI HARTA KARUN











Hari ini giliran kumpulan 2 guru melaksanakan KOKUM. Ustazah Dg Maimunah dan Ustazah Rozimah. Misi MENCARI HARTA KARUN

Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan besar dan diberi clue untuk mengesan clue berikutnya.

Tahniah kepada kumpulan 3 yamg berjaya menamatkan pencarian mendahulu kumpulan lain. Hamper diperolehi dibahagikan ahli kumpulan

Saturday 5 April 2014

Thursday 3 April 2014

SALAM JUMAAT MINGGU KE-14

Perbanyakkan amal ibadah untuk dapatkan lebih ganjaran pahala.

BERLALU IHTIFAL ILMI PEDALAMAN BAWAH BEAUFORT 2014


Semalam, (3hb april 2014) berlalu sudah sebuah lagi majlis keilmuan dan ko-kurikulum peringkat pedalaman Bawah Beaufort.

Mungkin kelihatan sangat sederhana dari segi persiapannya. Tetapi sebenarnya ianya 1 program menghimpun kumpulan pentadbir dan guru sekolah-sekolah seluruh kawasan pedalaman bawah.

Bukan hanya membawa peserta dari daerah masing-masing. Tetapi juga, ruang dan peluang para pendidik dapat bertemu dan berkumpul untuk menyambung hubungan persahabatan mereka. Boleh dianggap sebagai REUNION.

Kalah menang sudah semestinya adat pertandingan. Tetapi yang paling berharga adalah KERJASAMA dengan penuh keikhlasan. Yang lemah diperbetulkan. Yang sukar diringankan. Yang berat dipikul sama. Segalanya terkandung dalam suasana kekeluargaan.

Tahun-tahun sebelumnya suasana ini mungkin hanya dirasai oleh tuan rumah selaku lokasi program ini diadakan. Manakala guru lain hanya hadir semasa majlis sahaja. Tetapi tahun ini perubahan selangkah telah dilakukan. (Menyalin 1/4 kaedah persiapan majlis Ihtifal Ilmi peringkat Daerah Beaufort 2014) setiap view dikelola oleh zon walau tidak semua guru dapat berpeluang menyertainya kerana diamanahkan hanya sekolah tuan rumah sahaja diberi pelepasan dari mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran sehari sebelum majlis.

Pengelola acara pertandingan perlu menyediakan perhiasana. Peralatan siaraya dan susun atur bilik berkenaan kecuali keperluan penghakiman sahaja dikelola oleh bahagian kehakiman. Alangkah bertuahnya tuan rumah kerana pengagihan tugasan ini memberi kelonggaran sepenuhnya kepada mereka. Selaku admin blog ini, saya berharap kaedah ini digunapakai kelak. Hanya perlu diperbaiki dari segi pengurusan yang tidak melihat gotong royong sebagai bukan tanggubgjawab mengganti tugasan harian guru terlibat.

Kasihan saya mendengar sebilangan guru terlibat semasa bergotong royong keletihan terkejar waktu gotong royong dan terus petangnya meneruskan P&P mereka dalam kudrat keletihan. Sewajarnya akan datang, mana-mana guru terlibat dalam persiapan diberilah pelepasan. Hanya yang tidak terlibat sahaja wajib meneruskan tugasan harian mereka di sekolah.

Kepekaan terhadap itu seharusnya pihak pentadbir program faham. Saya tak akan mengulas panjang kerana ianya mungkin menyakitkan hati individu terlibat. (Siapa makan cili dialah akan merasa pedasnya)
Apapun saya nak ucapkan tahniah atas kelancaran majlis semalam walau ada juga masalah teknikal berlaku tanpa disengajakan (hanya individu berkait sahaja mengetahuinya.. SEJARAH berlaku semalam heheheheh... )

Wednesday 2 April 2014

GOTONG ROYONG MAJLIS IHTIFAL ILMI PERINGKAT PEDALAMAN BAWAH BEAUFORT 2014

sekali lagi zon weston diamanahkan mengelola bilik acara. tetapi kali ini, acara tilawah diberi sebagai tanggungjawab Zon Weston laksanakan majlis. 








memandangkan Penyelia Pendidikan JHEAINS pedalaman bawah tidak memberi kelepasan untuk persiapan ini, pihak sekolah telah memutuskan menghantar 3 guru  ( Salvia zaida, Dg maimunah dan Rozimah) sekolah mewakili sekolah untukk bertugas semasa gotong royong ini. walau bagaimanapun, Ustaz Hj Mohd Razali dan Ustaz Ariffin turut sama seketika membantu membersihkan bilik darjah yang dipilih.



manakala SAN Weston menghantar 2 guru iaitu guru besarnya Ust Muhammad dan ustazah hamidah.