Friday 27 June 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN IBADAH BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum
Kepada rakan semua
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,  
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami, 
Yang kesulitan rezeki 
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rizki nya ya Allah..
Karena hanya Engkau Sang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurniaan-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Batin pada semua 
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini bisa menjadi Ramadhan kita yang terbaik..

Aamiiin allahummaa aamiiin.. -

Thursday 26 June 2014

GELAGAT GURU DAN MURID

Semalam aktiviti penyerahan pakaian seragam kepada pelajar. Saya serahkan biarlah penceritaan melalui gambar

Betapa cerianya guru bersama pelajar













Friday 20 June 2014

HARI BERTEMU IBUBAPA



Aktiviti rutin setiap kali sesi semestar. Hari bertemu ibubapa. Setiap guru kelas menunggu ibubapa datang bertemu sambil menandatangani buku prestasi peperiksaan semestar 1/2014






Tahun ini aktiviti ini diubah lokasinya. Tahun-tahun sebelumnya semua guru menunggu di bilik guru tetapi kali ini guru bertemu ibubaoa di bilik darjah masing-masing





Ia bertujuan memberi peluang ibubapa melihat sendiri suasana bilik darjah di mana anak mereka belajar.