Tuesday 18 November 2014

MAJLIS PENERIMAAN BANTUAN 1 MALAYSIA

Tarikh : 28/11/2014

Alhamdulillah; sekian lama permohonan untuk bantuan 1 Malaysia. Hari ini bantuan tersebut dapat diagihkan kepada pelajar di sekolah ini melalui ibubapa yang dijemput hadir. Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang bersekolah ini pada 2011.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sangat prihatin .

KEPUTUSAN SRU 2014 : 100% LULUS

Tarikh : 19hb nov 2014

Keputusan rasmi SRU 2014 diedarkan ke sekolah-sekolah

Alhamdulillah. Sekali lagi keputusan Sijil Rendah Agama (SRU)  bagi sekolah ini.

Lagi membanggakan apabila sekolah kami adalah 10 buah sekolah lulus 100% untuk kawasan Pedalaman Bawah.

Tahniah untuk pelajar tahun 6 2014. Tahniah juga warga pendidik sekolah.

Friday 14 November 2014

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA DAN PENYERAHAN BUKU REKORD PRESTASI PELAJAR BAGI SEM 2 2014

Tarikh: 14/11/2014

Majlis bertemu mesra ibubapa dan guru dilangsungkan mengikut bilik darjah. Guru kelas bertemu ibubapa murid di bawah jagaan mereka. Selain menyerahkan buku rekord pelajar, perbualan juga berkisar aktiviti murid di sekolah dan juga di rumah. (Perkongsian maklumat) secara individu. Ia bertujuan agar perbincangan terus kepada setiap ibu atau bapa murid.

Tahniah kepada semua murid yang lulus dalam peperiksaan semester 2 2014.