Friday 27 November 2015

100% LULUS. REKOD 1 MUMTAZ 2015 SRU



















Tarikh: 27/11/2015
Alhamdulillah. Penantian sekian lama pencapaian SRU sekolah ini berakhir apabila sekali lagi, calin SRU sekolah ini perolehi keputusan 100% lulus. Lebih membanggakan pada tahun ini juga, lahirnya seorang yang berjaya mencapai kelulusan MUMTAZ.

Pencapaian tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya. Daripada 20 calon SRU. 1 Mumtaz, 6 jayyid jayiddan. 12 jayyid dan 1 maqbul.

Majlis penyerahan slip keputusan disempurnakan oleh guru yang hadir . Terima kasih kepada YDP PIBG Muanam Mujiarto sebaik sahaja menerima pengkhabaran tersebut, beliau dengan segera hadur ke majlis penyerahan keputusan SRU yang memberi hadiah dorongan dari beliau kepada semua pelajar yang lulus. Rm150 kepada mumtaz, rm50 utk jayyid jayyidan dan rm10 bagi jayyid dan maqbul. Beloau menyatakan harapan beliau agar prestasi cemerlang ini dikekalkan atau dipertingkatkan lagi.

Guru kelas tahun 6 yang awal tahun berjanji sekiranya ada pelajar perolehi pencapaian MUMTAZ, janjinya akan  membawa pelajar berjamu selera di KFC menunaikan janji membawa pelajar yang hadir pada petang dengan guru pengiring

Sebelah pagi pula, guru besar bersama guru besar lain yang sekolah mencapai 100% lulus telah dijemput hadir dalam majlis pengumuman rasmi keputusan SRU dan SMU 2015.

Friday 20 November 2015

Thursday 12 November 2015

TAZKIRAH LAGI

Ada yang terlibat dengan latihan persediaan MAKEP , guru-guru sibuk menyediakan persiapan aktiviti hujung tahun dan MAKEP. Akhirnya, Guru Besar sekali lagi melakukan pengisian selepas Solat Berjemaah Asar di Masjid Ar-Raudha dan tazkirah yang kali ini disampaikan oleh en Mohd Sari

Wednesday 11 November 2015

AKTIVITI SELEPAS SOLAT ASAR

Tarikh: 11/11/2015

Memandangkan sesi peperiksaan baru sahaja berlalu. Para guru pula sedang berusaha menyelesaikan pemeriksaan kertas jawapan, memandangkan sesi bertemu ibubapa akan diadakan pada 16/11/2015. Pelajar tidak dibiarkan bebas melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat. Selain dari persiapan untuk persembahan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar... aktiviti tambahan dilakukan dengan membawa pelajar melakukan solat berjemaah di masjid Ar Raudah ( berhampiran dengan sekolah. Lazimnya solat Asar hanya dilakukan di Surau sekolah)

Pelajar diberi ilmu tambahan dengan meminta penasihat PIBG Sekolah menghadiahkan tazkirah ilmu untuk halwa minda pelajar.

Syukran Ya Tuan Hj Bakri Hj Kambar

Monday 2 November 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015: BERGELAP

Kasihan tengok pelajar menjawab soalan dalam keadaan gelap akibat hujan dan 'blackout' kebetulan hari ini, matapelajaran masa pertama adalah Bahasa Arab. Pelajar ulang kali mengeluh gelap dan kepanasan. (Jangan kata masa hujan dalam bilik darjah akan menjadi sejuk ya) ditambah lagi pencahayaan yang sangat teruk!

Semoga anak-anak tabah menghadapi ujian ini. Dan semoga keadaan pulih apabila masa kedua selepas ini.

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir tahun untuk soalan bertulis. Bahasa Arab dan juga Imlak untuk kelas 1 hingga 5. Manakala pelajar kelas 6 direhatkan untuk minggu peperiksaan ini.

Thursday 29 October 2015