Wednesday 30 August 2017

UCAPAN WARGA PENDIDIK

Hayati pengorbanan Pejuang menuntut kemerdekaan. Kita kini menikmatinya! Hargai keharmonian, keperpaduan dalam kebersamaan. Salam Merdeka ke-60. Negaraku Sehati Sejiwa

Salam Kemerdekaan & Salam Aidil Adha 2017

Sunday 2 July 2017

MAJLI BERSAMA IBUBAPA SEMPENA KEPUTUSAN SEMETER 1 2017

TARIKH : 16HB JUN 2017

Majlis bersama ibubapa sempena keputusan peperiksaan semester 1 2017












terima kasih kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama kami warga pendidik demi kejayaan anak-anak.

THROWBACK ; PENYERTAAN NUZUL AL-QURAN 2017

TARIKH: 13HB JUN 2017

Alhamdulillah pada tahun ini, sekolah berjaya menghantar peserta untuk menyertai program Nuzul al-Quran anjuran Biro kebudayaan, kesenian dan warisan peringkat Parlimen Sipitang di Masjid An Nur Kg Lingkungan Beaufort. Kebetulan pengerusi Program Nuzul merupakan salah seorang guru di sekolah ini. 

pengisian majlis Nuzul Al quran ini antaranya, tadarus beramai2 yang dibahagikan kepada 30 kumpulan yang setiap satu kumpulan membaca 1 juzuk. diikuti majlis khatam Al-Quran yang diketuai Imam Wahid dan majlis berbuka puasa. majlis ini dirasmikan oleh oleh YB Datuk Sapawi ahmad, 














THROWBACK : CATATAN ADMIN UNTUK VIDEO KLIP RAYA 2017

penggambaran di lakukan hari 3 jam sahaja.







walaupun video untuk 3 minit 21 saat. ia tidak akan berjaya tanpa ada kerjasama yang diberikan oleh semua yang teribat. pada tahun ini. rancangan dibuat saat akhir, memandangkan Ramdhan berlangsung ketika bermuanya cuti pertengahan tahun dan sebelum cuti adalah musim peperiksaan. admin tidak dapat mengatur jadual untuk masa yang sesuai untuk membuat penggambaran lebih awal.


untuk rakaman ucapan raya ini, admin tidak dapat turut serta memandangkan bertugas sebagai jurugambar. dah namanya semua rakaman dibuat menggunakan kamera telefon sahaja.

apapun, terima kasih sudi menonton video klip raya 2017. dan admin juga memohon kemaafan sekiranya suara nyanyian sebagai suara latar tidak seindah yang diharapkan. almaklumlah bukan penyanyi pun.. hanya merakam suara bagi memastikan keoriginalan suara nyanyian 

THROWBACK : HARI BERSAMA NAZIR PENDIDIKAN

Tarikh : 22HB JUN 2017

ketibaan Nazir ust Hj Taif Kassim berkunjung ke sekolah pada hari terakhir sesi persekolahan sebelum bermulanya cuti Raya aidilfitri disambut dengan keriangan oleh murid-murid.





beliau bermurah hati memberikan wang raya kepada murid-murid yang hadir pada hari tersebut sebagai tanda sayangnya beliau kepada murid-murid. turut hadir isterinya serta anak-anaknya yang juga merupakan mantan murid di sekolah ini.






terima kasih ustaz dan sekeluarga. semoga sumbangan diberikan diberi ganjaran rezeki lebih banyak lagi. amin








Wednesday 21 June 2017

Monday 19 June 2017

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN BARU SEKOLAH

Tarikh: 20/6/2017 (selasa)
Lokasi: Bangunan baru SAN Lumadan Beaufort

Hari bersejarah. Sekian lama dinantikan. Akhirnya warga sekolah menerima bangunan baru yang berjaya disiapkan tidak sampai setahun dibangunkan. Alhamdulillah.

Majlis penyerahan ini disaksikan oleh PTA En Tassawuf, Penyelia Pedalaman Bawah Ust Rusdam. Pegawai Perhubungan Parlimen En Matbali musah dan YDP PiBG en Muanam Mujiarto.

Insyallah bangunan ini akan  digunakan selepas cuti perayaan kelak.



Monday 15 May 2017

SELAMAT HARI GURU 2017- WARGA PENDIDIK

Kepada seluruh warga pendidik. Di mana sahaja anda berada. Kami mengucapkan selamat Hari Guru . Bertepatan dengan tema hari guru tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa" dari gurulah negara itu terbina.

Guru membimbing semua kerja yang terhasil.di dunia ini. Ia membina seorg arkitek, seorang doktor seorang enginer, bomba ,polis , tentera, ahli politik, peguam, juruterbang, ahli sukan, dan sebagainya. Kepimpinan negara pun dibimbing oleh insan bergelar guru. 

Admin berharap sangat agar warga guru yang sedia ada ini menjalankan tanggungjawab penuh keikhlasan melahirkan pelapis kerjaya yang sudah tentu akan dimamah waktu. 

Selamat hari guru

selamat hari guru 2017





selamat hari guru dari kami warga SAN Lumadan Beaufort

Thursday 27 April 2017

KUMP NASYID SANDAKAN MIINS2017





https://youtu.be/4wQQqAp8Dfs

KUMP NASYID TAWAU MIINS2017





https://youtu.be/XwUUoeZ_csg

KUMP PBS (TEMPT KETIGA) MIINS2017





https://youtu.be/Hcpa0-LX2hE

TAHNIAH MAJLIS IHTIFAL ILMI NEGERI 2017

27/4/2017. Admin berpeluang menyertai majlis Ihtifal Ilmi peringkat negeri Sabah yang diadakan di SMA Toh Puan Hjh Rahmah, Kinarut. Pertandingan diadakan secara serentak iaitu Khat, maharah alkitabah walqiraah, bercerita, tilawah al quran, dan Hafazan al quran. Manakala pertandingan Nasyid sebagai acara kemuncak pertandingan.


Keputusan muktamad diputuskan.. admin dan rakan lain tidak boleh mempertikaikan atau bantah keputusan itu. 

Apapun, admin berharap lokasi pertandingan wajar juga diubah setiap tahun. Bukan berpusing-pusing antara SMAIP dan SMATPHR . Bukan menyusahkan tetapi kemungkinan perubahan lokasi menambah semangat lagi ( gurau sahaja) lagipun berilah peluang kepada sekolah SMA kawasan lain ambil pengalaman menjadi tuan rumah. Sama-sama berpeluang menimba ilmu menggalas tanggungjawab dalam mengurus persediaan majlis ilmu peringkat negeri ini. Kalau peringkat daerah dan bahagian boleh dilaksanakan secara bergilir-gilir dari lokasi ke satu lokasi kenapa tidak aktiviti ilmu peringkat negeri menggunakan kaedah sama. (Cadangan sahaja. Admin tidak terlibat dalam perancangan negeri, disebab itulah hanya catatan ini dizahirkan)













KEPUTUSAN PENUH MAJLIS IHTIFAL ILMI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2017:

Tilawah Lelaki
3)Tawau
2)Pedalaman Bawah
1)Pantai Barat Selatan

Tilawah Perempuan
3)Sandakan
2)Pantai Barat Utara
1)Tawau

Hafazan Lelaki
3)Sandakan
2)Tawau
1)Pantai Barat Selatan

Hafazan Perempuan
3)Pantai Barat Selatan
2)Sandakan
1)Tawau

Maharah Lelaki
3)Pedalaman Bawah
2)Pedalaman Atas
1)Tawau

Maharah Perempuan
3)Sandakan
2)Tawau
1)Pantai Barat Utara

Khat Lelaki
3)Tawau
2)Pantai Barat Selatan
1)Pedalaman Bawah

Khat Perempuan
3)Pantai Barat Utara
2)Pedalaman Bawah
1)Pantai Barat Selatan

Bercerita Lelaki
3)Pedalaman Bawah
2)Sandakan
1)Tawau

Bercerita Perempuan
3)Pedalaman Atas
2)Tawau
1)Sandakan

Nasyid :
3)Pantai Barat Selatan
2)Pantai Barat Utara
1)Pedalaman Atas

Johan Keseluruhan:
-Tawau

Sebagai perkongsian sedikit entri ini, admin kongsikan sedikit gambar utk tatapan semua.









SALAM DARI ADMIN BUAT SEMOGA. BERTEMU  LAGI INSYALLAH TAHUN HADAPAN UNTUK MAJLIS IHTIFAL ILMI 2018.