Sunday 2 July 2017

MAJLI BERSAMA IBUBAPA SEMPENA KEPUTUSAN SEMETER 1 2017

TARIKH : 16HB JUN 2017

Majlis bersama ibubapa sempena keputusan peperiksaan semester 1 2017












terima kasih kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa bersama kami warga pendidik demi kejayaan anak-anak.

THROWBACK ; PENYERTAAN NUZUL AL-QURAN 2017

TARIKH: 13HB JUN 2017

Alhamdulillah pada tahun ini, sekolah berjaya menghantar peserta untuk menyertai program Nuzul al-Quran anjuran Biro kebudayaan, kesenian dan warisan peringkat Parlimen Sipitang di Masjid An Nur Kg Lingkungan Beaufort. Kebetulan pengerusi Program Nuzul merupakan salah seorang guru di sekolah ini. 

pengisian majlis Nuzul Al quran ini antaranya, tadarus beramai2 yang dibahagikan kepada 30 kumpulan yang setiap satu kumpulan membaca 1 juzuk. diikuti majlis khatam Al-Quran yang diketuai Imam Wahid dan majlis berbuka puasa. majlis ini dirasmikan oleh oleh YB Datuk Sapawi ahmad, 














THROWBACK : CATATAN ADMIN UNTUK VIDEO KLIP RAYA 2017

penggambaran di lakukan hari 3 jam sahaja.







walaupun video untuk 3 minit 21 saat. ia tidak akan berjaya tanpa ada kerjasama yang diberikan oleh semua yang teribat. pada tahun ini. rancangan dibuat saat akhir, memandangkan Ramdhan berlangsung ketika bermuanya cuti pertengahan tahun dan sebelum cuti adalah musim peperiksaan. admin tidak dapat mengatur jadual untuk masa yang sesuai untuk membuat penggambaran lebih awal.


untuk rakaman ucapan raya ini, admin tidak dapat turut serta memandangkan bertugas sebagai jurugambar. dah namanya semua rakaman dibuat menggunakan kamera telefon sahaja.

apapun, terima kasih sudi menonton video klip raya 2017. dan admin juga memohon kemaafan sekiranya suara nyanyian sebagai suara latar tidak seindah yang diharapkan. almaklumlah bukan penyanyi pun.. hanya merakam suara bagi memastikan keoriginalan suara nyanyian 

THROWBACK : HARI BERSAMA NAZIR PENDIDIKAN

Tarikh : 22HB JUN 2017

ketibaan Nazir ust Hj Taif Kassim berkunjung ke sekolah pada hari terakhir sesi persekolahan sebelum bermulanya cuti Raya aidilfitri disambut dengan keriangan oleh murid-murid.





beliau bermurah hati memberikan wang raya kepada murid-murid yang hadir pada hari tersebut sebagai tanda sayangnya beliau kepada murid-murid. turut hadir isterinya serta anak-anaknya yang juga merupakan mantan murid di sekolah ini.






terima kasih ustaz dan sekeluarga. semoga sumbangan diberikan diberi ganjaran rezeki lebih banyak lagi. amin