Saturday 31 March 2018

TAHNIAH WARDHATUL JANNAH

Setelah sekian lama berusaha untuk melepasi peringkat Daerah. Pada tahun 2018 ini, usaha bersungguh guru dan peserta nasyid membuahkan hasil apabila dinobatkan JOHAN  nasyid dalam Majlis Ihtifal Ilmi bukan sahaja peringkat daerah malahan berjaya bergelar Johan di peringkat pedalaman Bawa pada 28hb Mac 2018.

WARDHATUL JANNAH akan mewakili bahagian Pedalaman Bawah untuk pertandingan nasyid peringkat negeri pada penghujung bulan April kelak.



MAJLIS IHTIFAL ILMI PEDALAMAN BAWAH 2018 (DEWAN SRI DAYANG LUMADAN)

BAGI acara perasmian dan acara pertandingan Nasyid pula di adakan di dewan Sri Dayang Lumadan pada hari sama iaitu 28hb Mac 2018. MAJLIS INI DIRASMIKAN oleh saudara Matbali Musah, pegawai Perhubungan Parlimen sipitang merangkap Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sipitang mewakili YB Datuk Sapawi Ahmad yang kebetulan ketika majlis ini berlangsung berada dalam dewan parlimen (bersidang)



















































































terima kasih daun keladi. tahun hadapan bertemu lagi. terima kasih tidak teringga kpada semua penyumbang terutma YB Datuk Sapawi Ahmad (Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ahli Parlimen P.178 Sipitang), YB Datuk Kamarlin Hj Ombi (Pembantu Menteri Perlancongan dan Alam Sekitar merangkap ADUN N27 Lumadan), orang perseorangan dan masyarakat penduduk kampung Lumadan yang banyak menghulurkan bantuan kewangan, tenaga dan idea

terima kasih kepada pendidik Zon Weston  yang berkampung di sekolah kami dalam membuat penyediaakan keperluan asas majlis.

terima kasih kepada warga pendidik ZON PEKAN, ZON KLIAS DAN ZON GADONG yang menjayakan penyediaan ruang bagi acara yang dipertandingkan.

yang lemah itu datang dari kami. yang elok dan sempurna itu datangnya dari Allah swt.