Wednesday, 24 October 2012
Thursday, 18 October 2012
HARI KE-3 PEPERIKSAAN SEMESTAR 2
Hari ke-3 peperiksaan akhir tahun melibatkan matapelajaran tauhid dan imlak untuk tahap 1 manakala feqah dan tauhid. Bagi tahun 2.
All the best anak-anak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, 17 October 2012
HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AL QURAN NAZARI
Berminggu pelajar dalam debaran. Akhirnya hari yang didebrkan telah tiba. Ujian pertama menguji kemahiran bacaan Al-Quran Nazari akan dipraktikkan hari ini.
Ustaz Razali sedang membuat ujian AlQuran Nazari membantu ustazah Noratikah |
PEPERIKSAAN QURAN HIFZI
hari kedua peperiksaan akhir tahun bagi matapelajaran Quran Hifzi untuk seluruh kelas.
bersambung...
ustazah Rahmah membuat ujian bacaan hifzi di kelas tahun 1 |
sepanjang sesi ujian ini , pelbagai kerenah dan ragam pelajar telah diambil oleh guru besar yang rajin kandid.
melentur buluh biar dari rebungnya , pelajar tidak menghabiskan rehat dengan sia-sia ,selesai solat tazkirah diberikan oleh tuan guru besar,disamping memperingatkan pelajar sentiasa mengulangkaji pelajaran sepanjang minggu peperiksaan.
Ketika menunggu giliran nama dipanggil pelajar tahun 5 membaca sementara beberapa kawan yang lain dinilai pemarkahan Al Quran hifzi oleh ustazah Salvia Zaidah
ustazah Rozimah bertugas menguji bacaan hafalan kelas tahun 5. Quran mini berkulit pinknya sentiasa dibawa bersama setiap hari menjadi rujukan semasa mendengar bacaan tersebut
Ustazah Siti Noratiqah membuat ujian bacaan pelajar tahun 4. semasa guru besar mengambil gambar ini, sebenarnya para guru dan pelajar tidak bersedia untuk dirakam aksi mereka. ianya adalah paparan jujur dan spontan
Ustaz Razali membuat ujian bacaan hafal quran, surah lazim di kelas tahun 3. penuh fokus kerana mendengar bacaan pelajar untuk memastikan setiap ayat yang dilafaz memenuhi bacaan sebenar
Ustazah Rahmah menguji bacaan Hifzi pelajar tahun satu . Di sana ujian dilakukan menilai penguasaan pelajar yang telah dibimbing menghafal surah lazim sepanjang tempoh sesi P&P semester 2.
bersambung...
Sunday, 14 October 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Anak-anak. Peperiksaan semester akhir akan bermula 16hb oktber 2012. Sedia ulangkaji apa yang telah dipelajari sepanjang semester kedua ini. Pastikan atasi mana-mana matapelajaran yang lemah. Pastikan bersedia untuk menghadapi peperiksaan bermula esok itu.
Bawa peralatan alat tulis yang lengkap untuk persediaan ke sekolah. Jangan pula masa menjawab, masa tu juga mengganggu rakan lain dengan meminjam peralatan mereka
All the best. Pastikan keputusan cemerlang semester ini
Friday, 5 October 2012
HARI KE-5 (AKHIR) SRU
Hari terakhir SRU. Kelihatan calon sedikit ceria. Apa tidaknya, matapelajaran KHAT. Antara matapelajaran kegemaran pelajar.
Hubungan calon peperiksaan dan pengawas semakin rapat. Calon sudah tidak segan bertanya soalan yang tidak difahami.
Namun adat pertemuan, ia akan berakhir perpisahan. Menurut ketua pengawas SRU , dia kagum dengan disiplin calon SAN Lumadan serta kemesraan guru bertugas. Malahan berterima kasih dengan jamuan yang pelbagai dan menyelerakan. Beliau berharap, akan ditugaskan sekali lagi di pusat peperiksaan sama tahun depan.
Berlalu minggu peperiksaan. Kini debaran pula menanti keputusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hubungan calon peperiksaan dan pengawas semakin rapat. Calon sudah tidak segan bertanya soalan yang tidak difahami.
Namun adat pertemuan, ia akan berakhir perpisahan. Menurut ketua pengawas SRU , dia kagum dengan disiplin calon SAN Lumadan serta kemesraan guru bertugas. Malahan berterima kasih dengan jamuan yang pelbagai dan menyelerakan. Beliau berharap, akan ditugaskan sekali lagi di pusat peperiksaan sama tahun depan.
Berlalu minggu peperiksaan. Kini debaran pula menanti keputusan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, 3 October 2012
HARI KE-4 SRU
Seperti 3 hari sebelumnya. Kehadiran calon SRU 2012 tidak mengalami perubahan jumlah. Masih sama. Hari ini, kertas peperiksaan adalah matapelajaran Sejarah dan Hadis Rasulullah saw.
Nazir pendidikan JHEAINS , ust hj mohd Taif , penyelia baru ust sifri dan pembantu bahagian pendidikan JHEAINS P3edalam Bawah, Rasdin datang melawat dan memantau perjalanan peperiksaan awal pagi lagi.
Saksikan gambar yang dikongsikan hari ini hasil sumbangan usth Tiqah.
Selamat menjawab dengan jawapan terbaik anak-anak!
Tuesday, 2 October 2012
HARi KE-3 SRU
Akhlak 1, Akhlak 2 dan Tafsir Al-Quran merupakan kertas peperiksaan hari ke-3 SRU. Nampaknya calon yang hadir masih kekal pada jumlah yang sama.
Semasa mengambil gambar ini, kelihatan pengawas peperiksaan sedang memberi penerangan kepada calon.
Kertas objektif Akhlak 1 merupakan soalan tahun kedua. Diperkenalkan oleh bahagian peperiksaan pendidikan Jabatan hal ehwal Agama Islam negeri Sabah.
All the best my dear student
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 1 October 2012
HARI KE-2 SRU 2012
Peperiksaan hari ini, Imlak dan Bahasa Arab.
All the Best
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)