Tuesday, 19 February 2013

SELIAAN PRAKTIKAL


Semalam salah seorang guru yang sedang dalam latihan maktab perguruan telah diselia oleh Penyelia.
Sesi P&P berjalan seperti yang telah ditetapkan dan berjalan lancar.




Tahniah ustazah Salvia

Sunday, 17 February 2013

SESI P&P


Hari ini sama seperti sebelumnya. Guru mahu tidak mahu berlipat ganda aktivitinya membuat nota di papan tulis dan pelajar pula mahu tidak mahu menyalin nota yang diberikan.


Buku teks. Belum tiba. Tidak tahu apa masalahnya pula kali ini. Jika tahun lepas. Tempoh begini sekurang-kurangnya 94% semua pelajar sudah memiliki buku teks. Sama ada membeli atau perolehinya dari rakan tahun sebelumnya.

Soalannya: Bila buku teks akan tiba? Sekarang sudah pertengahan bulan febuari 2013!!!!!

Tuesday, 5 February 2013

RAGAM PELAJAR


Semalam sesi P&P berjalan dengan seperti yang dirancangkan dalam RPH. Guru di sekolah menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengikut kreativiti mereka.  Ustazah Salvia mendengarkan bacaan al quran kanak-kanak melalui audio. Ustazah tiqah membimbing murid menghafal melalui nyanyian. Ada juga guru memberi latihan.

Cuba bayangkan respond pelajar pula apabila diberi tugasan secara pribadi. Perhatikan gambar di atas. Ini sebahagian tindakan pelajar apabila diminta membaca sendiri karangan mereka dalam tulisan jawi.