Thursday, 21 August 2014

HARI BERKABUNG MALAYSIA

HARI INI, seluruh negara akan diselubungi kesuraman apabila 20 jenazah warga Malaysia nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan kembali ke tanahair dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam Belanda.

Pada 17 Julai lepas, kesemua jenazah merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine.

Hari esok juga telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos lepas sebagai menghormati ketibaan jenazah warga Malaysia itu.

Sempena Hari Berkabung Negara esok, akan berlangsunglah satu istiadat penghormatan jenazah tragedi nahas itu yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat khas yang membawa kesemua jasad warga Malaysia itu dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.

Pada istiadat itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat menghadirinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Ketika ini, satu raptai akhir sedang dijalankan di Kompleks Bunga Raya bagi memastikan istiadat esok berjalan lancar.

Bendera Dikibarkan Separuh Tiang

Sempena Hari Berkabung Negara esok, beberapa peraturan lain sudah pun ditetapkan bertujuan memberi penghormatan kepada jenazah mangsa nahas MH17 yang akan kembali ke Malaysia.

Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari tersebut.Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur selama satu minit dan kenderaan yang berada di jalan raya juga perlu berhenti selama satu minit dijangkakan di antara pukul 10.45 pagi dan 11.15 pagi.Pesawat-pesawat di KLIA akan juga berhenti dan bertafakur selama dua minit.Semua acara berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna yang terang dan garang, bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) atau selendang hitam.Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. 

Pada sidang media semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama-nama jenazah yang akan dibawa pulang esok akan diumumkan hari ini. –Mynewshub.my

AL FATIHAH pada yang beragama Islam.

Friday, 8 August 2014

MAJLIS RAYA AIDIL FITRI SEKOLAH

































Tarikh: 8/8/2014
Lokasi : Surau SAN Lumadan
Seusai majlis solat hajat dan bacaan Yassin. Sambutan Raya pula diadakan. Juadah disediakan oleh warga pendidik dan para pelajar.

6 orang pelajar memenuhi konsep pakaian raya telah diberi hadiah.

Disamping itu juga, 3 pelajar yang menerima anugerah cemerlang SRU 2013 yang diberikan oleh ahli Parlimen Sipitang disampaikan dalam majlis ini.

SOLAT HAJAT















Tarikh : 8/8/2014
Lokasi: Masjid Ar-Raudah Kg Lumadan, Beaufort.


Seluruh warga SAN Kg Lumadan melaksanakan aktiviti Solat Hajat bagi menyokong umat Islam di GAZA. Memohon semoga umat Islam di negara Pelastine ini diberi kekuatan menghadapi kezaliman Israel.

Selain itu juga, tujuan solat hajat ini dilakukan untuk memohon kepada Allah swt diberi kekuatan dan semangat kental para pelajar untuk menuntut ilmu.