Sebaik sahaja habis sesi P&P pagi ini. Apa lagi, serombonganlah kami menyerang rumah ust hj razali. Jamuan raya di rumahnya! Nasiblah, air banjir semakin surut, tak perlulah memikirkan nak menaiki perahu! Hahahahahha
Sate ada, mee kari ada. Nasi himpit ada, kalau nak makan nasi dan ayam masak rendangpun ada. Selain kuih raya yang masih banyak disediakan.
Terima kasih ust hj razali dan isteri yang menjemput warga pendidik SAN lumadan. Sedapnya. Alhamdulillah. Lepas ni rancangan nak menyerang makan pula rumah Ustzah salvia. Jeng-jeng. Minggu depan!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment