Thursday, 30 January 2014

INILAH SEKOLAHKU

inilah sekolah ku. perkongsian artikel ini tentang sekolahku. 



Inilah pemandangan yang dilihat dari luar pagar sekolah. kedudukannya di bawah paras laluan jalan raya di kampung Lumadan.







inilah pula pemandangan  luar bangunan ketika anda berada dalam kawasan pagar sekolah

bekas permaidani dari surau sekolah diletakkan atas tanah depan bilik guru untuk mengurangkan risiko tanah becak
kantin sekolah merupakan bekas bangunan teratak suatu tika dulu



nampak sepintas lalu mungkin tidak mempunyai masalah.. mungkin kerana itulah kurang dapat perhatian  apabila memohon bangunan baru. kerana selalu dibaiki menutup mana yang bocorlah. ( heheheheheheh...)

cuba perhatikan ini pula











jom lihat posting seterusnya untuk memandang inilah sekolahku dalam bangunan pula selepas ini







laluan yang sering kami lalui. kering saat panas akan basah tatkala hujan







hakisan berlaku kerana menjadi laluan air hujan dari jalan raya setiap kali hujan 







benteng dibina untuk mengurangkan limpahan air hujan masuk ke bilik darjah apabila hujan turun

koridor yang kering tatkala panas, menjadi anak sungai tatkala hujan
inilah sekolahku. walaupun uzur tetapi prestasi pelajaran pelajar tetap sama. saban tahun keputusan SRU insyallah 100% dan tidak pernh kurang dr 90%. impian kami warga SAN Lumadan.. biarlah 2014 bakal menjamin sekolah baru menambah semangat seluruh warga SAN Lumadan lebih cemerlang dan pengikhtirafan.

PENGARAH BARU JHEAINS BAKAL MELAWAT BEAUFORT



Semalam, Guru besar mengajak berbincang berkenaan pembangunan bangunan sekolah baru yang sekian lama dipohon memandangkan keadaan bangunan sekolah ini berada dalam status tidak selamat oleh pihak JKR setelah mereka membuat lawatan memeriksa struktur bangunan.

Berita menggembirakan apabila.permohonan sekolah ini telah diberi perhatian selain 4 buah sekolah lain juga disenaraikan. Namun berbanding dalam 4 buah sekolah ini. Hanya sekolah ini sahaja mempunyai surat laporan dari JKR. Pada pandangan kami warga SAN Lumadan sudah wajar sekolah ini diberi keutamaan untuk diberi peruntukan lulus 2014 dibangunkan.


Menurut guru besar lagi. 2 sekolah diberi keutamaan terlebih dahulu walau disasarkan kelima sekolah agama daerah Beaufort diusahakan berjaya memperolehi kelulusan peruntukan bangunan baru 2014.

Sekolah berkenaan 4 dari kawasan DUN KLIAS ( SAN limbawang, SAN LUBAK, SAN Pekan dan SAN Klias baru [mungkin]) dan hanya 1 sahaja iaitu sekolah kami dari kawasan DUN LUMADAN. Ini menambah harapan kami agar kamilah antara 2 buah sekolah yang terlebih dahulu dibaru keutamaan.


Insyallah menurut keputusan mesyurat pengurusan pembangunan sekolah-sekolah agama pada 28hb jan 2014 itu , PTA mengumumkan bahawa Pengarah JHEAINS iaitu Tuan Hj Abd Halim Hj Nayan akan melawat kawasan beaufort dalam tempoh 2 minggu.
Ps: pemandangan sekolah akan dikongsikan pada artikel berikut....

SALAM JUMAAT MINGGU KE-5


Walaupun sambutan tahun baru cina hari ini. Kepada seluruh umat Islam, jangan lupa hari ini hari Jumaat..para muslim yang baligh jangan diabaikan ibadah wajib ke atas anda wajib dilaksanakan pada hari ini.

Monday, 27 January 2014

PENGARAH BARU JHEAINS

Ahlan wasahlan Tuan Hj A. HALIM hj Nayan yang diamanahkan menggalas tugas sebagai Pengarah Baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Semoga kehadirannya memberi sinar harapan kepada kami warga JHEAINS dan SAN Lumadan Beaufort

Thursday, 23 January 2014

AMALAN GOTONG ROYONG



Apabila semangat bekerjasama diamalkan. Kerja yang berat semakin mudah. Hari ini, murid tahun 6 bergotong royong menyiapkan melapis meja mereka.

TAKLIMAT DAN PENYERAHAN BUKU TEKS TAHUN 1




Guru SBPBT ustazah Siti Nuratikah hari ini memberi taklimat peraturan penjagaa buku teks kepada ibubapa bagi murid tahun 1.


Taklimat ini bukan sahaja melibatkan ibubapa sahaja, malahan murid itu sendiri dilibatkan sendiri untuk mendengar taklimat disampaikan. Lokasi taklimat di Balai Raya Kg Lumadan