Thursday 30 January 2014

PENGARAH BARU JHEAINS BAKAL MELAWAT BEAUFORT



Semalam, Guru besar mengajak berbincang berkenaan pembangunan bangunan sekolah baru yang sekian lama dipohon memandangkan keadaan bangunan sekolah ini berada dalam status tidak selamat oleh pihak JKR setelah mereka membuat lawatan memeriksa struktur bangunan.

Berita menggembirakan apabila.permohonan sekolah ini telah diberi perhatian selain 4 buah sekolah lain juga disenaraikan. Namun berbanding dalam 4 buah sekolah ini. Hanya sekolah ini sahaja mempunyai surat laporan dari JKR. Pada pandangan kami warga SAN Lumadan sudah wajar sekolah ini diberi keutamaan untuk diberi peruntukan lulus 2014 dibangunkan.


Menurut guru besar lagi. 2 sekolah diberi keutamaan terlebih dahulu walau disasarkan kelima sekolah agama daerah Beaufort diusahakan berjaya memperolehi kelulusan peruntukan bangunan baru 2014.

Sekolah berkenaan 4 dari kawasan DUN KLIAS ( SAN limbawang, SAN LUBAK, SAN Pekan dan SAN Klias baru [mungkin]) dan hanya 1 sahaja iaitu sekolah kami dari kawasan DUN LUMADAN. Ini menambah harapan kami agar kamilah antara 2 buah sekolah yang terlebih dahulu dibaru keutamaan.


Insyallah menurut keputusan mesyurat pengurusan pembangunan sekolah-sekolah agama pada 28hb jan 2014 itu , PTA mengumumkan bahawa Pengarah JHEAINS iaitu Tuan Hj Abd Halim Hj Nayan akan melawat kawasan beaufort dalam tempoh 2 minggu.
Ps: pemandangan sekolah akan dikongsikan pada artikel berikut....

No comments:

Post a Comment