Tuesday 25 March 2014

PEMILIHAN & LATIHAN NASYID


Lagu nasyid sudah diperolehi. Hari ini, pemilihan ahli kumpulan nasyid dibuat. Namun sebelum itu, pelajar yang memcalonkan diri mereka untuk dinilai sebelum dipilih diberi latihan lagu tersebut.

Tujuannya, agar pemilihan ini lebih adil kerana kesemua calon berupaya menguasai sekurang-kurangnya 45% lagu yang bakal dibawa kelak.


3 guru diamanahkan memberi latihan ( ustazah dg maimunah, ustazah siti Nuratikah dan ustazah Rozimah) untuk 2 jam pertama. Pemilihan pula dilakukan oleh ustaz Ariffin dan ustaz Hj Mohd Razali dan disaksikan semua pelajar di sekolah.

Daripada 26 orang pelajar perempuan tahun 3 hingga 6 menawarkan diri. 8 orang terbaik telah dipilih.

No comments:

Post a Comment