Semalam, (3hb april 2014) berlalu sudah sebuah lagi majlis keilmuan dan ko-kurikulum peringkat pedalaman Bawah Beaufort.
Mungkin kelihatan sangat sederhana dari segi persiapannya. Tetapi sebenarnya ianya 1 program menghimpun kumpulan pentadbir dan guru sekolah-sekolah seluruh kawasan pedalaman bawah.
Bukan hanya membawa peserta dari daerah masing-masing. Tetapi juga, ruang dan peluang para pendidik dapat bertemu dan berkumpul untuk menyambung hubungan persahabatan mereka. Boleh dianggap sebagai REUNION.
Kalah menang sudah semestinya adat pertandingan. Tetapi yang paling berharga adalah KERJASAMA dengan penuh keikhlasan. Yang lemah diperbetulkan. Yang sukar diringankan. Yang berat dipikul sama. Segalanya terkandung dalam suasana kekeluargaan.
Tahun-tahun sebelumnya suasana ini mungkin hanya dirasai oleh tuan rumah selaku lokasi program ini diadakan. Manakala guru lain hanya hadir semasa majlis sahaja. Tetapi tahun ini perubahan selangkah telah dilakukan. (Menyalin 1/4 kaedah persiapan majlis Ihtifal Ilmi peringkat Daerah Beaufort 2014) setiap view dikelola oleh zon walau tidak semua guru dapat berpeluang menyertainya kerana diamanahkan hanya sekolah tuan rumah sahaja diberi pelepasan dari mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran sehari sebelum majlis.
Pengelola acara pertandingan perlu menyediakan perhiasana. Peralatan siaraya dan susun atur bilik berkenaan kecuali keperluan penghakiman sahaja dikelola oleh bahagian kehakiman. Alangkah bertuahnya tuan rumah kerana pengagihan tugasan ini memberi kelonggaran sepenuhnya kepada mereka. Selaku admin blog ini, saya berharap kaedah ini digunapakai kelak. Hanya perlu diperbaiki dari segi pengurusan yang tidak melihat gotong royong sebagai bukan tanggubgjawab mengganti tugasan harian guru terlibat.
Kasihan saya mendengar sebilangan guru terlibat semasa bergotong royong keletihan terkejar waktu gotong royong dan terus petangnya meneruskan P&P mereka dalam kudrat keletihan. Sewajarnya akan datang, mana-mana guru terlibat dalam persiapan diberilah pelepasan. Hanya yang tidak terlibat sahaja wajib meneruskan tugasan harian mereka di sekolah.
Kepekaan terhadap itu seharusnya pihak pentadbir program faham. Saya tak akan mengulas panjang kerana ianya mungkin menyakitkan hati individu terlibat. (Siapa makan cili dialah akan merasa pedasnya)
Apapun saya nak ucapkan tahniah atas kelancaran majlis semalam walau ada juga masalah teknikal berlaku tanpa disengajakan (hanya individu berkait sahaja mengetahuinya.. SEJARAH berlaku semalam heheheheh... )
Mnjd kenangan .
ReplyDelete