Tuesday, 27 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU JHEAINS 2014



Dengan tema guru pencetus kreativiti menjana inovasi sambutan hari guru tahun ini diadakan di Dewan Sa'adah Wisma MUIS sekali lagi.


Jika dilihat jumlah kehadiran tahun ini. Tidak semeriah kehadiran guru 5 tahun yang lalu atau lebih terdekat tahun lepas. Sangat kurang. Kenapa? Hanya mereka sahaja boleh menjawabnya.




Tahun ini walau tidak berseragam. Semua guru SAN Lumadan tetap hadir seperti yang diminta oleh pihak atasan pendidikan jabatan. 2 perkara . Pertama kerana tanggungjawab - memandangkan hari ini masih sesi persekolahan dan ditiadakan kerana majlis rasmi. Yang kedua adalah majlis meraihkan guru - pengikhtirafan pada guru-guru dan sekolaj  tertentu yang berhak manakala guru lain menjadi penonton dengan harapan suatu hari kelak, tibalah giliran mereka meniti anak tangga ke pentas utama dinobatkan anugerah ( agaklah ya. Anugerah itu umpama menanti cabutan bertuah. Kerana tidak semua guru sehingga tamat perkhidmatan mereka mencapai impian berkenaan)



Pada tahun ini, tiada ikrar dilafaz penuh semangat IKRAR GURU seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya guru-guru yang diberi tugasan atas pentas sahaja membaca ikrar manakala guru yang jadi penonton hanya mampu menonton dalam seribu tanda tanya. Terlepas pandangkam susun atur majlis atau.. juruacara terlupa meminta semua guru bangun untuk membaca ikrar bersama???????? - itupun hanya pelaksana majlis sambutan dan juruacara sahaja boleh perjelaskan


Seperkara lagi.. sebagai admin. Bersyukur kerana tahun ini walau harapan majlis dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri sabah ( YAB DS merasmikan majlis sama di Tawau bagi kementerian Pelajaran) namun memandangkan ketidaktepuan dewan dengan banyak kelopangan kerusi bahagian atas dan sedikit di bawah. Elok sangat hanya wakil ketua Menteri merasmikannya. Sekurang-kurangnya pelaksana tidak malu dengan ketidaksempurnaan majlis berkenaan.

Akhir sekali. Selamat hari guru JHEAINS.

Ps: kalau boleh pihak pelaksana. Buatlah susun atur sambutan ini lebih sempurna. Jangan sehingga dilihat orang luar kelemahan yang sudah jelas lagi terang oleh mereka. Seperkara lagi. Tunjukkan keikhlasan anda meraih guru-guru, usah dibuat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Perbaiki kelopangan majlis. Apapun tahniah kerana berjaya juga adakan hari guru walau tidak bersedia disusun dalam takwim tahunan - macam majlis kenduri tidak tentu tarikh walau ianya acara tahunan yang tidak pernah tidak dilakukan.

Friday, 23 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014 DI SEKOLAH



Semalam sememangnya di luar jangkaan. Sambutan hari guru yang dibuat 100% oleh pelajar sekolah yang diketuai oleh pelajar tahun 6 sememangnya sangat cemerlang. Dalam usia muda, mereka berjaya menyusun atur majlis tersebut



Terima kasih anak-anak atas keraian tersebut dalam masa sama selagu warga pendidik, ucapan tahniah dan pernghargaan atas usaha itu sangat dibanggakan.

Sambutan hari guru 2014 sangat memberi makna dan akan diabadikan sepanjang hayat.



Tahun ini, pelajar juga membuat undian memilih guru mengikut kategori dan keputusannya adalah seperti berikut:

Guru dedikasi : Ustazah Rahmah
Guru keibuan: ustazah siti nuratika
Guru kebapaan: ustaz hj mohd razali
Guru garang: ustaz Ariffin
Guru manja : ustazah rozimah
Guru disiplin: ustazah Salvia @ zaidah
Guru Popular : ustazah Dg Maimunah


Antara permainan yang disediakan untuk guru lakukan seperti mencucuk belon tanpa memecahkannya menggunakan jarum peniti dan kumpulan guru yang memenanginya : ustazah Rahmah & dg maimunah.
 Kerusi berirama perempuan: ustazah Rozimah dan kerusi berirama lelaki : ustaz Hj Mohd Razali



Bertukar hadiah antara guru :
Ustaz Arifin vs Ustazah Siti Nuratikah
Ustaz razali vs ustazah Dg Maimunah
Ustazah Rozimah vs: ustaz Hj Mohd Razali
Ustazah dg maimunah vs ustazah salvia
Ustazah siti nuratikah vs ustazah rozimah
Ustaz rahmah vs ustaz Arifin
Ustazah salvia vs ustazah rahmah


Pelajar membuat persembahan
Tahum 1 : let me go (frozen)
Tahun 2: lagu guru
Tahun 3, 4 dan 5 lagu guru. 



Tahun 6 tidak berpeluang menyusun atur persembahan memandangkan merekalah yang melatih dan menyediakan majlis sambutan hari guru


Tahniah semua. Inilah kelegaan yang dirasai selepas selesai peperiksaan semester 1 sebelum sekolah bercuti pada rabu minggu hadapan

Friday, 16 May 2014

BILA MATAPELAJARAN KHAT






Terasa lucupun ada apabila melihat gelagat pelajar menyiapkan jawapan khat mereka. Bagi tahap 2 dengan masalah lupa pen khat manakala. Makala tahap 1 pula lupa membawa pensil khat.

Apapun sempena hari guru. Kami warga SAN Lumadan mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik

Wednesday, 14 May 2014

BERMULA PEPERIKSAAN BERTULIS HARI KE-3





Hari ini. 15hb Mei 2014. Peperiksaan bertulis bermula bagi matapelajaran Feqah dan Tauhid untuk seluruh kelas

Setiap guru diberi tugasan menjaga kelas bukan mengikut matapelajaran yang diajar

Monday, 12 May 2014

Friday, 2 May 2014

KOKUM SEKOLAH: TASMIQ




Guru berkesempatan mengadakan 1 lagi aktiviti Ko-kurikulum mingguan. Tanpa dirancang. Oleh Guru besar iaitu Ustaz Ariffin fan Pen. Kanan iaitu Ustazah Salvia selepas mesyuarat guru

Bacaan dan hafazan ayat-ayat Lazim kepada murid yang sudah dipilih untuk diuji daya ingatan hafazan mereka.

MESYUARAT GURU KE-3 2014

Hari ini 02hb Mei 2014. Mesyuarat Guru-Guru SAN Kg Lumadan , Beaufort kali ke-3 .

Mesyuarat kali ini membincangkan prestasi murid yang mempunyai masalah membaca jawi dan Al quran untuk dimasukkan dalam kelas pemulihan yang akan diwujudkan di bawah Guru Besar sebagai Guru Pemulihan bagi mengatasi kelemahan pembelajaran murid.

Selain itu, mesyuarat membincangkan perkara berbangkit dengan mesyuarat lepas.

Mesyuarat seterusnya akan diadaka  selepas cuti pertengahan tahun Insyallah