Dengan tema guru pencetus kreativiti menjana inovasi sambutan hari guru tahun ini diadakan di Dewan Sa'adah Wisma MUIS sekali lagi.
Jika dilihat jumlah kehadiran tahun ini. Tidak semeriah kehadiran guru 5 tahun yang lalu atau lebih terdekat tahun lepas. Sangat kurang. Kenapa? Hanya mereka sahaja boleh menjawabnya.
Tahun ini walau tidak berseragam. Semua guru SAN Lumadan tetap hadir seperti yang diminta oleh pihak atasan pendidikan jabatan. 2 perkara . Pertama kerana tanggungjawab - memandangkan hari ini masih sesi persekolahan dan ditiadakan kerana majlis rasmi. Yang kedua adalah majlis meraihkan guru - pengikhtirafan pada guru-guru dan sekolaj tertentu yang berhak manakala guru lain menjadi penonton dengan harapan suatu hari kelak, tibalah giliran mereka meniti anak tangga ke pentas utama dinobatkan anugerah ( agaklah ya. Anugerah itu umpama menanti cabutan bertuah. Kerana tidak semua guru sehingga tamat perkhidmatan mereka mencapai impian berkenaan)
Pada tahun ini, tiada ikrar dilafaz penuh semangat IKRAR GURU seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya guru-guru yang diberi tugasan atas pentas sahaja membaca ikrar manakala guru yang jadi penonton hanya mampu menonton dalam seribu tanda tanya. Terlepas pandangkam susun atur majlis atau.. juruacara terlupa meminta semua guru bangun untuk membaca ikrar bersama???????? - itupun hanya pelaksana majlis sambutan dan juruacara sahaja boleh perjelaskan
Seperkara lagi.. sebagai admin. Bersyukur kerana tahun ini walau harapan majlis dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri sabah ( YAB DS merasmikan majlis sama di Tawau bagi kementerian Pelajaran) namun memandangkan ketidaktepuan dewan dengan banyak kelopangan kerusi bahagian atas dan sedikit di bawah. Elok sangat hanya wakil ketua Menteri merasmikannya. Sekurang-kurangnya pelaksana tidak malu dengan ketidaksempurnaan majlis berkenaan.
Akhir sekali. Selamat hari guru JHEAINS.
Ps: kalau boleh pihak pelaksana. Buatlah susun atur sambutan ini lebih sempurna. Jangan sehingga dilihat orang luar kelemahan yang sudah jelas lagi terang oleh mereka. Seperkara lagi. Tunjukkan keikhlasan anda meraih guru-guru, usah dibuat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Perbaiki kelopangan majlis. Apapun tahniah kerana berjaya juga adakan hari guru walau tidak bersedia disusun dalam takwim tahunan - macam majlis kenduri tidak tentu tarikh walau ianya acara tahunan yang tidak pernah tidak dilakukan.
No comments:
Post a Comment