Monday 31 March 2014

MESYUARAT MAJLIS IHTIFAL ILMI PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH BEAUFORT 2014 KE-2

bertempat di SAN Bingkul, hari permulaan sekolah salah seorang guru sekolah secara langsung terlibat dengan jawatankuasa majlis berkenaan.





dari lense guru kami, seandainya sekolah kami seperti ini kelak, alhamdulillah









FLASH BACK BEFORE SEMESTER BREAK : MAJLIS IHTIFAL ILMI DAERAH BEAUFORT 2014

DARI LENSA : Majlis Ihtifal Ilmi peringkat daerah beaufort 2014 diadakan pada 18hb Mac 2014 bertempat di SAN Pekan Beaufort Sabah. 

















FLASH BACK PROGRAM BEFORE SEMESTER BREAK: GOTONG ROYONG PERSIAPAN MAJLIS IHTIFAL ILMI

TIDAK SEPERTI  tahun sebelumnya, pelaksanaan majlis ihtifal Ilmi peringkat daerah tahun 2014 telah membuat perubahan dengan pengagihan tanggungjawab menyiapkan bilik acara mengikut zon.

tahun ini, Zon Weston diamanahkan menyiapkan bilik untuk acara pertandingan bercerita.








dari pagi selesainya petang juga akhirnya


Tuesday 25 March 2014

PEMILIHAN & LATIHAN NASYID


Lagu nasyid sudah diperolehi. Hari ini, pemilihan ahli kumpulan nasyid dibuat. Namun sebelum itu, pelajar yang memcalonkan diri mereka untuk dinilai sebelum dipilih diberi latihan lagu tersebut.

Tujuannya, agar pemilihan ini lebih adil kerana kesemua calon berupaya menguasai sekurang-kurangnya 45% lagu yang bakal dibawa kelak.


3 guru diamanahkan memberi latihan ( ustazah dg maimunah, ustazah siti Nuratikah dan ustazah Rozimah) untuk 2 jam pertama. Pemilihan pula dilakukan oleh ustaz Ariffin dan ustaz Hj Mohd Razali dan disaksikan semua pelajar di sekolah.

Daripada 26 orang pelajar perempuan tahun 3 hingga 6 menawarkan diri. 8 orang terbaik telah dipilih.

Tuesday 11 March 2014

SIGNBOARD SEKOLAH





Sekian lama menempah papantanda sekolah. Akhirnya petang ini, papan tanda sekolah telah siap didirikan.
Alhamdulillah. Tak akan sesat lagi kalau ada pelawat.

Monday 10 March 2014

SOLAT HAJAT UNTUK MH370






Hari ini, pengurusan sekolah memutuskan meneruskan majlis solat hajat di surau sekolah.

Walaupun pelajar masih kecil, mereka juga mengetahui sedikit sebanyak insiden hilang secara misteri kapal MH370 dan berharap agar kapal tersebut ditemui kelak.

Solat hajat diimamkan oleh ustaz Hj Mohd Razali selepas pelajar dan warga pendidik menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah.

Semoga misteri kehilangan MH370 terungkai .

#pray4mh370
#prayformh370

Sunday 9 March 2014

DOA UNTUKMU #PRAY4MH370


Musibah kapal MH370 yang masih hilang sangat menyedihkan. Ahli keluarga berada dalam kerisauan dan tertanya-tanya menanti khabar ahli keluarga mereka yang terlibat dalam penerbangan KL-Peking (Beijing).

Hari ke-2 misi menjejak MH370 ini masih berada dalam misteri hilang

Marilah kita beramai-ramai memohon petunjuk daripada Allah swt dengan melakukan solat hajat dan bacaan yassin .

#pray4mh370
#prayfirmh370

Friday 7 March 2014

HARI JUMAAT: KO-KURIKULUM KUMPULAN 1





Bermula minggu ini, setiap kumpulan guru yang telah dibahagikan akan mencipta aktiviti bersama murid-murid pada setiap hari Jumaat . Kumpulan guru dibahagikan kepada 3 pasangan

Pada minggu ini. Kumpulan 1(ustazah Salvia Zaidah dan Siti Nuratika) membuat aktiviti kuiz berkumpulan.
Tahniah. Susunan aktiviti minggu pertama berjaya dilaksanakan.

PERBINCANGAN WAKIL SEKOLAH AGAMA ZON WESTON





Petang tadi, 4 warga pendidik (ustaz Hj Mohd Razali, ustazah Siti Noratikah, ustazah Rozimah dan ustazah Dg Maimunah) mewakili sekolah menghadiri perbincangan di kalangan wakil-wakil sekolah agama bagi kawasan zon weston.

Bertempat di Ko-Nelayan Weston, perbincangan dan pengagihan tugas dibuat dan diterima sebulat suara.
Insyallah penglibatan 5 buah sekolah zon weston (SAN Lumadan, SAN Weston, SAR Bukau, SAR Lingkungan dan SAR Lubok) akan berkampung di SAN Pekan Beaufort bermula 17hb bagi persiapan menjadi pengelola acara BERCERITA kelak. Insyallah.