27/4/2017. Admin berpeluang menyertai majlis Ihtifal Ilmi peringkat negeri Sabah yang diadakan di SMA Toh Puan Hjh Rahmah, Kinarut. Pertandingan diadakan secara serentak iaitu Khat, maharah alkitabah walqiraah, bercerita, tilawah al quran, dan Hafazan al quran. Manakala pertandingan Nasyid sebagai acara kemuncak pertandingan.
Keputusan muktamad diputuskan.. admin dan rakan lain tidak boleh mempertikaikan atau bantah keputusan itu.
Apapun, admin berharap lokasi pertandingan wajar juga diubah setiap tahun. Bukan berpusing-pusing antara SMAIP dan SMATPHR . Bukan menyusahkan tetapi kemungkinan perubahan lokasi menambah semangat lagi ( gurau sahaja) lagipun berilah peluang kepada sekolah SMA kawasan lain ambil pengalaman menjadi tuan rumah. Sama-sama berpeluang menimba ilmu menggalas tanggungjawab dalam mengurus persediaan majlis ilmu peringkat negeri ini. Kalau peringkat daerah dan bahagian boleh dilaksanakan secara bergilir-gilir dari lokasi ke satu lokasi kenapa tidak aktiviti ilmu peringkat negeri menggunakan kaedah sama. (Cadangan sahaja. Admin tidak terlibat dalam perancangan negeri, disebab itulah hanya catatan ini dizahirkan)
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS IHTIFAL ILMI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2017:
Tilawah Lelaki
3)Tawau
2)Pedalaman Bawah
1)Pantai Barat Selatan
Tilawah Perempuan
3)Sandakan
2)Pantai Barat Utara
1)Tawau
Hafazan Lelaki
3)Sandakan
2)Tawau
1)Pantai Barat Selatan
Hafazan Perempuan
3)Pantai Barat Selatan
2)Sandakan
1)Tawau
Maharah Lelaki
3)Pedalaman Bawah
2)Pedalaman Atas
1)Tawau
Maharah Perempuan
3)Sandakan
2)Tawau
1)Pantai Barat Utara
Khat Lelaki
3)Tawau
2)Pantai Barat Selatan
1)Pedalaman Bawah
Khat Perempuan
3)Pantai Barat Utara
2)Pedalaman Bawah
1)Pantai Barat Selatan
Bercerita Lelaki
3)Pedalaman Bawah
2)Sandakan
1)Tawau
Bercerita Perempuan
3)Pedalaman Atas
2)Tawau
1)Sandakan
Nasyid :
3)Pantai Barat Selatan
2)Pantai Barat Utara
1)Pedalaman Atas
Johan Keseluruhan:
-Tawau
Sebagai perkongsian sedikit entri ini, admin kongsikan sedikit gambar utk tatapan semua.
SALAM DARI ADMIN BUAT SEMOGA. BERTEMU LAGI INSYALLAH TAHUN HADAPAN UNTUK MAJLIS IHTIFAL ILMI 2018.
No comments:
Post a Comment