Wednesday, 30 January 2013

MINI BANJIR SEKOLAH


Hujan. Alhamdulillah. Rezeki datangnya dari Allah. Membersihkan kekotoran di muka bumi ini. Melenyapkan habuk di udara.

Tetapi... hujan rahmat ini akan mengundang ketidak selesaan di sekolah. Corong dan benteng akan mengundang mini banjir di kaki lima sekolah ini.

Ada cadangan lain tak untuk mengatasinya?

Tuesday, 29 January 2013

WAYAR ELEKTRIK TIDAK STABIL


Ohhhhh tidakkkkkkkkkkkk ! Terkejar-kejar salah seorang dari dari warga pendidik mencapai kayu penyapu menuju ke bilik darjah tahun 1. Di situ pusat kawalan elektrik di sekolah ini apabila sekali lagi elektrik terputus. Bukan blackout tetapi fius utama menolak menyebabkannya tertutup. Guru berkenaan akan menggunakan kayu menyapu menolak naik suis utama agar elektrik hidup semula.

Itulah aktiviti rutin di sekolah ini saban hari sejak hampir sebulan sesi persekolahan bermula. Pendawaian sekolah tidak stabil atau dalam bahasa mudah unstabil electric.


Ia memang kerja mudah hanya perlu tolak naik. Tetapi membuang masa guru yang juga terkejar memenuhi sesi P&P selama 3 jam tanpa henti. Walau masa persekolahan hanya separuh dari waktu guru jabatan pelajaran. Tetapi boleh double check adakah guru berkenaan akan mengajar 5 hari x 3 jam tanpa henti. Matapelajaran dipegang melebihi 6 matapelajaran? Ia berlaku di sekolah ini dan sekolah-sekolah agama yang lain.

Susah nak ulas. Sampai bila masalah jolok fius utama ini dilakukan. Permohonan bangunan baru sudah dilakukan sejak 2tahun lepas. Haraplah tahun ini ada berita gembira. Tidak guna pembaikpulihan dilakukan, ia hanya indah seketika. Masalah sama tetap berlaku. Bocor siling. Lantai basah ketika hujan. Pendawaian tetap tidak diuruskan.

Tuesday, 22 January 2013

BUKU TEKS OH BUKU TEKS


Simpati ada. Kasihanpun ada. Apabila melihat pelajar berkongsi buku teks antara saty sama lain. Sudah dalam minggu ke-4 sesi persekolahan 2013. Edaran buku teks masih belum tiba di sekolahpun.

Berita gembira tahun lepas semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar dengan diumumkan bahawa bermula tahun 2013. Jabatan akan memberi buku teks dalam bentuk SKIM PINJAMAN BUKU TEKS di setiap sekolah sekolah agama negeri Sabah akan dilaksanakan.

Nak kata peruntukan belum ada. Mustahil. Kerana susah diluluskan tahun lepas sahaja. Masalahnya sekarang adalah.. pengurusan buku teks ibupejabat jabatan masih gagal menyediakan buku berkenaan sebelum sesi persekolahan. Kerajaan negeri sudah mengeluarkan peruntukan untuk tujuan itu. Kenapa pengurusan buku teks di jabatan lambat mengurus?

Persoalan yang guru-guru tanya. Kenapa tidak diurus dengan segera? Sesi persekolaham bukan bulan febuari atau mac tetapi awal bulan januari. Jika sebelum ini buku teks perlu dibeli oleh ibubapa.. pengurusan sekolah bertanggungjawab membelinya di ibu pejabat. Itupun ketika itu juga mempunyai masalah buku berkenaan tidak lengkap kerana kehabisan stok dan dalam proses percetakan.

Lense tertanya-tanya. Adakah pengurusan buku teks dengan pentadbiran pendidikan jabatan tidak melakukan perbincangan berkenaan jumlah yang harus dicetak saban tahun? Sedangkan setiap bulan guru-guru besar menghantar laporan sekolah termasuk jumlah pelajar di setiap sekolah. Boleh buat anggaranlah berdasarkan jumlah berkenaan. Hanya perlu tolak jumlah pelajar tahun 6 dan buat anggaran tambahan untuk pelajar baru tahun 1 berikutnya?

Jangan nak persalahkan pengurusan percetakan semata. Syarikat fergoues adalah syarikat swasta. Yang membuat urus niaga. Takkan syarikat berpaksi perniagaan mengamalkan perniagaan SLOW? Mustahil kan sebab syarikat ini bukan syarikat baru. Ia sudah lama bertempat dalam dunia perniagaan penerbitan buku ilmiah lain. Kalau saban tahun masalah lambat proses.. seharusnya pengurusan buku teks wajar menukar sahaja urusniaga ke syarikat lain yang boleh mencetak lebih cepat.

Tanpa buku teks ini. Proses Pembelajaran dan pengajaran tidak berlaku dengan lancar di sekolah.

Maaflah. Artikel kali ini agak agresif kerana 4 minggu menunggu kehadiran buku teks ke sekolah sangat menyeksakan. Simpati pada situasi pelajar yang perlu menyalin semula dari nota guru agak membebankan mereka. Sememangnya proses belajar perlu menyalin nota tetapi bukan menyalin buku teks 1 bab!

Friday, 18 January 2013

PERHIMPUNAN SEKOLAH



Berakhir sesi persekolahan minggu ke-3 tahun 2013. Penolong kanan sekolah. Ustazah zaidah salvia diamanahkan menyampaikan maklumat dan nasihat kepada pelajar berdasarkan pemerhatian sesi persekolahan minggu ini.

Semoga bertemu semula pada minggu hadapan.

Thursday, 3 January 2013

MUKADIMAH 2013. GAMBAR GURU


Assalamualaikum. Salam sesi pembukaan sesi persekolahan tahun 2013. Hari ke-2 sesi persekolahan masih dalam jadual minggu orientasi murid baru dan pendaftaran.

Guru besar mengambil peluang untuk mengadakan sesi bergambar warga pendidik SAN Lumadan.