Tuesday, 22 January 2013

BUKU TEKS OH BUKU TEKS


Simpati ada. Kasihanpun ada. Apabila melihat pelajar berkongsi buku teks antara saty sama lain. Sudah dalam minggu ke-4 sesi persekolahan 2013. Edaran buku teks masih belum tiba di sekolahpun.

Berita gembira tahun lepas semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar dengan diumumkan bahawa bermula tahun 2013. Jabatan akan memberi buku teks dalam bentuk SKIM PINJAMAN BUKU TEKS di setiap sekolah sekolah agama negeri Sabah akan dilaksanakan.

Nak kata peruntukan belum ada. Mustahil. Kerana susah diluluskan tahun lepas sahaja. Masalahnya sekarang adalah.. pengurusan buku teks ibupejabat jabatan masih gagal menyediakan buku berkenaan sebelum sesi persekolahan. Kerajaan negeri sudah mengeluarkan peruntukan untuk tujuan itu. Kenapa pengurusan buku teks di jabatan lambat mengurus?

Persoalan yang guru-guru tanya. Kenapa tidak diurus dengan segera? Sesi persekolaham bukan bulan febuari atau mac tetapi awal bulan januari. Jika sebelum ini buku teks perlu dibeli oleh ibubapa.. pengurusan sekolah bertanggungjawab membelinya di ibu pejabat. Itupun ketika itu juga mempunyai masalah buku berkenaan tidak lengkap kerana kehabisan stok dan dalam proses percetakan.

Lense tertanya-tanya. Adakah pengurusan buku teks dengan pentadbiran pendidikan jabatan tidak melakukan perbincangan berkenaan jumlah yang harus dicetak saban tahun? Sedangkan setiap bulan guru-guru besar menghantar laporan sekolah termasuk jumlah pelajar di setiap sekolah. Boleh buat anggaranlah berdasarkan jumlah berkenaan. Hanya perlu tolak jumlah pelajar tahun 6 dan buat anggaran tambahan untuk pelajar baru tahun 1 berikutnya?

Jangan nak persalahkan pengurusan percetakan semata. Syarikat fergoues adalah syarikat swasta. Yang membuat urus niaga. Takkan syarikat berpaksi perniagaan mengamalkan perniagaan SLOW? Mustahil kan sebab syarikat ini bukan syarikat baru. Ia sudah lama bertempat dalam dunia perniagaan penerbitan buku ilmiah lain. Kalau saban tahun masalah lambat proses.. seharusnya pengurusan buku teks wajar menukar sahaja urusniaga ke syarikat lain yang boleh mencetak lebih cepat.

Tanpa buku teks ini. Proses Pembelajaran dan pengajaran tidak berlaku dengan lancar di sekolah.

Maaflah. Artikel kali ini agak agresif kerana 4 minggu menunggu kehadiran buku teks ke sekolah sangat menyeksakan. Simpati pada situasi pelajar yang perlu menyalin semula dari nota guru agak membebankan mereka. Sememangnya proses belajar perlu menyalin nota tetapi bukan menyalin buku teks 1 bab!

No comments:

Post a Comment