Friday 27 November 2015

100% LULUS. REKOD 1 MUMTAZ 2015 SRU



















Tarikh: 27/11/2015
Alhamdulillah. Penantian sekian lama pencapaian SRU sekolah ini berakhir apabila sekali lagi, calin SRU sekolah ini perolehi keputusan 100% lulus. Lebih membanggakan pada tahun ini juga, lahirnya seorang yang berjaya mencapai kelulusan MUMTAZ.

Pencapaian tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya. Daripada 20 calon SRU. 1 Mumtaz, 6 jayyid jayiddan. 12 jayyid dan 1 maqbul.

Majlis penyerahan slip keputusan disempurnakan oleh guru yang hadir . Terima kasih kepada YDP PIBG Muanam Mujiarto sebaik sahaja menerima pengkhabaran tersebut, beliau dengan segera hadur ke majlis penyerahan keputusan SRU yang memberi hadiah dorongan dari beliau kepada semua pelajar yang lulus. Rm150 kepada mumtaz, rm50 utk jayyid jayyidan dan rm10 bagi jayyid dan maqbul. Beloau menyatakan harapan beliau agar prestasi cemerlang ini dikekalkan atau dipertingkatkan lagi.

Guru kelas tahun 6 yang awal tahun berjanji sekiranya ada pelajar perolehi pencapaian MUMTAZ, janjinya akan  membawa pelajar berjamu selera di KFC menunaikan janji membawa pelajar yang hadir pada petang dengan guru pengiring

Sebelah pagi pula, guru besar bersama guru besar lain yang sekolah mencapai 100% lulus telah dijemput hadir dalam majlis pengumuman rasmi keputusan SRU dan SMU 2015.

No comments:

Post a Comment