Wednesday, 11 November 2015

AKTIVITI SELEPAS SOLAT ASAR

Tarikh: 11/11/2015

Memandangkan sesi peperiksaan baru sahaja berlalu. Para guru pula sedang berusaha menyelesaikan pemeriksaan kertas jawapan, memandangkan sesi bertemu ibubapa akan diadakan pada 16/11/2015. Pelajar tidak dibiarkan bebas melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat. Selain dari persiapan untuk persembahan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar... aktiviti tambahan dilakukan dengan membawa pelajar melakukan solat berjemaah di masjid Ar Raudah ( berhampiran dengan sekolah. Lazimnya solat Asar hanya dilakukan di Surau sekolah)

Pelajar diberi ilmu tambahan dengan meminta penasihat PIBG Sekolah menghadiahkan tazkirah ilmu untuk halwa minda pelajar.

Syukran Ya Tuan Hj Bakri Hj Kambar

No comments:

Post a Comment