Friday, 7 February 2014

GOTONG ROYONG GURU DAN MURID




Hari ini , sepatutnya program Ko-Kurikulum di sekolah. Namun ditukar menjadi gotong royong beramai-ramai. Sebelum ini tumpuan setiap guru kepada pengaturan susun dan tatacara dalam bilik darjah dan juga mengganti carta lama di board bilik guru.





Lihatlah keriangan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid bersama guru-guru lelaki. Membersihkan sekeliling sekolah. Manakal guru perempuan pula masih menyambung kerja menyiapkan carta-carta .







Apa yang penting.. KERJASAMA… apa yang penting .. KERJASMA.. (lagu wonder pet)















Sebenarnya kami berharap sangat sekolah kami ini menjadi destinasi lawatan PENGARAH JABATAN yang dijangkakan seminggu sahaja lagi dating ke daerah BEAUFORT. Memandangkan sekolah ini Antara sekolah yang disenarai pendek Antara 5 buah sekolah yang bakal menerima peruntukan bangunan baru tahun 2014. Laporan yang diperlukan sudah disediakan oleh Guru Besar ustaz ariffin hj Bakri dalam bentuk dokumen dan powerpoint. Katanya untuk persiapan dibentangkan kelak.





Dalam semangat murid-murid membersihkan perkarangan sekolah. Satu insiden tidak dijangka apabila seorang murid disengat tabuan. Kasihan juga. Menurut ibunya, Alhamdulillah, sengatan itu tidak membawa ke demam malam ini (sumber chat FB)

ps: hari ini juga, blog ini diubah wajah baru. semoga pembaca berpuas hati dengan sedikit perubahan ini. wajah lama sudah lama digunakan. 

No comments:

Post a Comment