Monday, 17 February 2014

PENYAKIT LAMA: KOYAK LEMBARAN BUKU NOTA


Hari ini ada guru memaklumkan seorang murid kelas 3 didapati buku nota salinannya yang sepatutnya 60 muka surat kini hanya berbaki 8 muka surat sahaja. ( alahai.. ini memamg penyakit lama sejak dulu lagi)


Apabila guru bertanya ke mana hilangnya halaman lain. Murid berkenaan mengadu bahawa kakaknya suka mencabut kertas dari nota salinannya.

Agaknya kertas berkenaan untuk apa ya???? - perkara ini akan dibawa bincang bersama Guru Besar. Insyallah

1 comment:

  1. Pemantauan ibu bapa amat diperlukan dalam kes ini , kesibukan menjadikn hal ini terpendam drumah huhuhuhu.

    ReplyDelete