Thursday, 29 January 2015

CABARAN; PELAJAR TAHUN SATU 2015 SANGAT AKTIF DAN AGRESIF


satu cabaran baru buat guru-guru SAN Kg Lumadan tahun ini. berbeza dengan cara menghadapi pelajar baru. biasanya sebelum ini, pelajar tahun satu hanya manja dan akur dengan arahan yang disampaikan oleh guru. kelas boleh dikawal dengan selesa.

tetapi pada tahun ini, rata-rata guru sedikit terkejut dengan kemasukan pelajar tahun satu. bukan sahaja manja, malahan sangat agresif dan aktif. PDP dalam kelas berkenaan memaksa guru tidak senang duduk. bimbingan dalam 3 minggu ini, sedikit terganggu kerana guru bukan sahaj terpaksa mengawal pergerakan pelajar yang sebahagian besarnya tidak suka duduk diam.



hari ini, bukan sahaja terpaksa mengawal dalam bilik darjah, malah ada guru terpaksa mengejar pelajarnya yang berlari-lari keluar bilik darjah sehingga terpaksa guru besar datang membantu untuk mengawal pelajar yang terlalu aktif


bersabarlah sahabat-sahabtku, semoga hanya awal tahun ini sahaja menghadapi situasi seperti ini. setelah mereka biasa menerima arahan guru, mereka akan terkawal dan PDP akan berjalan lancar. mungkin ini kerana jumlah pelajar tahun satu pada tahun ini sangat ramai.

semoga anak-anak ini, menjadi pewaris muslimin dan muslimat yang bukan sahaaj berjaya di dunia malahan berjaya di akhirat kelak. 

TAKLIMAT BUKU TEKS TAHUN SATU 2015

Tarikh : 29/01/2015
Lokasi : Balai Raya kg Lumadan, Beaufort

Guru : Siti Nuratikah hj Marsidi ( Guru SPBT)
            Salvia @ Zaida Laujan ( Guru Tahun satu)

Hari ini, guru SPBT mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa  bagi pelajar tahun satu 2015. memberi taklimat serta menandatangani perjanjian penjagaan buku teks . tahun ini, buku teks disediakan sebanyak 29 set memandangkan penambahan jumlah murid lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

ustazah Atikah memberi taklimat kepada ibu bapa yang hadir

taklimat ini bukan sahaja melibatkan ibubapa malahan pelajar sendiri dilibatserta











Monday, 26 January 2015

KELAS PEMULIHAN

ustaz Ariffin sedang membimbing pelajar dalam semua peringkat kelas

Bermula hari ini, kelas pemulihan telah dilaksanakan bagi menangani masalah pelajar yang tercicir penguasaan membaca tulisan Jawi.


Guru yang mengendali kelas pemulihan ini adalah guru besar sendiri iaitu Ustaz Ariffin hj Bakri dan diadakan di surau sekolah

Semoga usaha ini akan melahirkan 100% pelajar mengausaai bacaan tulisan Jawi

Saturday, 24 January 2015

KENANGAN: WARGA PENDIDIK SAN LUMADAN BERSAMA KEPIMPINAN


Gambar kenangan warga pendidik sekolah ini bersama YB Datuk Arifin arif, Pn Siti apsah. USTAZ hj Mohd Taif dan Ustaz Sifri selepas Majlis Mahabbah dan Jalinan Mesra 20/01/2015

ps: special request. 

#THROWBACK: GAMBAR BERAMAI-RAMAI GURU DALAM MAJLIS MAHABBAH & JALINAN MESRA


Abadikan gambar kenangan guru-guru JHEAINS pedalaman Bawah bersama YB Dtk  Arifin Arif dan Puan Siti Apsah

INTERAKSI GURU DAN IBUBAPA


Pada 21/1/2015. Selepas perbincangan antara Guru Besar dan Penolong kanan sekolah, memutuskan membangunkan kumpulan interaksi melalui aplikasi whatsapp untuk berinteraksi antara ibubapa. Memandangkan aplikasi itu kini boleh menampung 100 ahli dalam satu kumpulan.

Semoga perancangan ini menambah ikatan yang jauh lebih baik antara pihak sekolah dan ibubapa.

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2015

tarikh : 23/1/2015

Tahun ini, pendekatan lebih baik berbanding tahun lepas, ketika perhimpunan mingguan, pengawas sekolah yang dilantik telah diumumkan secara rasmi dengan penyerahan watika perlantikan serta bacaan ikrar di hadapan pelajar lain.





















semoga pengawas latikan tahun ini membuktikan kelayakan serta komitmen mereka membantu pihak sekolah demi memastikan disiplin lebih baik.

pada tahun ini, jawatan Guru Disiplin dan Pengawas digabungkan, hanya dikendalikan oleh seorang guru sahaja iaitu Ustazah Salvia @ zaidah Laujan. 


Tuesday, 20 January 2015

PUISI ; TERIMA KASIH


TERIMA KASIH


Terima kasih….
Mengajarku apa erti KESABARAN
Walau gelodak emosi melanda
Ada menanti setahun dua
Ada yang berbelas tahun juga,
KESABARAN itu masih tinggi Nilainya,
Adakalanya KESABARAN itu terkandas .. tersasul.. terletus juga.

Terima kasih….
Menunjuk aku apa erti KETABAHAN
Walau acap kali diuji cobaan…
Kekadang dilambung gelombang rasa diabaikan
Sering pula rasa dicincang.. walau tak nampak lukanya
Aku bukan bersendirian, masih ramai terluka jua
KETABAHAN mengundang seiring sebahu
Untuk menikmati Rasa KETABAHAN

Terima kasih…
Membimbing aku apa erti KEHARMONIAN
Walau.. sering kali masa dilanda tsunami
Menggegar.. menghancur tinggalkan puing-puing di sanubari
Keamanan.. kedamaian jiwa acap kali digoncang..
Namun.. terbit satu ikatan muhibbah
Menggamit keamanan, kedamaian menali KEHARMONIAN
Menyimpul ukhwah nan sejati

Terima kasih…
Mendidik aku apa erti PERSAHABATAN
Ada kala bergembira tetapi sering juga berasa duka
Ada masa menangis tetapi ada juga bercanda ria
Ada yang kuat berusaha tetapi ada juga menanti saja
Umpama itik berlenggang balik ke kandang
Segalanya mewarnai erti PERSAHABATAN

Terima kasih…
Mengasuh aku apa erti MENGHARGAI dan DIHARGAI
MENGHARGAI tatkala apa yang diserah dibalas semula
Dipinta sejuta kali dilaksana sejuta kali
Walau yang di sana membukam memerhati
Yang di bawah pula menanti..
Menunggu balasan mengharap diri DIHARGAI
Di sana aku menyedari mana tinggi hargainya
Memberi dan menerima

Hari ini…
Tika ini …
Sekali lagi kuucapkan terima kasih
Hadirnya hari ini memberi HARAPAN
Umpama sinar bintang dalam kegelapan
Menyerlah keindahan melenyap kesuraman
Menghilang duka diganti manisan
Tatkala rasa dihambat ketawaran
Umpama datangnya garam menyelesakan lidah

Hari ini terima kasih kuucapkan
Memberi aku tahu erti HARAPAN
Buat insan yang DIHARAPKAN
HARAPAN pada hari ini… menyerlah
Akan kunanti buat sekali lagi..
HARAPAN yang bakal direalitikan.

Buat yang MENGERTI
Sabar itu satu hikmah
Tabah itu satu nikmat
Sahabat itu setiap saat
Hargai apa yang terlepas dan yang akan datang
Kerana ia suatu harapan
Terima kasih..
    Terima kasih…
        Terima kasih…….




11/01/2015 (dikemaskini pada 18/01/2015)

Lady Dee. Beaufort. Sabah

MAJLIS MAHABBAH DAN JALINAN MESRA BERSAMA YB ARIFIN ARIF

TARIKH : 20/01/2015
LOKASI ; DEWAN MINI PERPUSTAKAAN BEAUFORT

majlis mesra dan perjumpaan bersama YB Arifin Arif bersama guru-guru JHEAINS Pedalaman Bawah. turut menjayakan majlis perjumpaan adalah Ket pen pengarah Pentadbiran. Pn Hjh Siti apsah yang telah berjaya meleraikan kekusutan ketidak tahuan masalah yang dihadapi dalam pengurusan masalah melibatkan guru-guru yang sedang ditangani

tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.










































dalam majlis ini, selain penerangan yang disampaikan oleh Pn Siti Apsah. sesi dialog juga dilaksanakan dalam keadaan yang muhibbah. ruang dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh guru untuk mengemukakan masalah yang melibatkan perjawatan, gaji dan pembangunan sekolah

sesi dialog bersama KPP dan YB Ariffin



ustaz Arifin da ustaz Jaludin













persembahan khas untuk majlis tersebut. deklamasi puisi yang disampaikan oleh ustazah Dg Maimunah hj Sidek yang bertajuk 'TERIMA KASIH' - PUISI tersebut akan dipaparkan dalam artikel berikut.

selepas jawapan diberikan ke atas semua soalan yang dikemukakan dengan jayanya. majlis penyerahan dokumentasi kepada YB Ariffin Arif , KPP Pn Siti Apsah diwartakan dibawah amanah yang dilakukan oleh guru besar kami iaitu ustaz Ariffin Hj Bakri yang disampaikan oleh ustaz Hj Mohd Taif kassim.











sebagai tanda penghargaan, cenderamata diserahkan kepada YB Arifin da Pn Siti apsah.




majlis selesai dilaksanakan dengan penuh harapan dan ikatan muhibbah yang semakin kukuh dan mantap. insyallah akan bertemu lagi di masa yang lain dalam matlamat yang sama.