Thursday 29 January 2015

CABARAN; PELAJAR TAHUN SATU 2015 SANGAT AKTIF DAN AGRESIF


satu cabaran baru buat guru-guru SAN Kg Lumadan tahun ini. berbeza dengan cara menghadapi pelajar baru. biasanya sebelum ini, pelajar tahun satu hanya manja dan akur dengan arahan yang disampaikan oleh guru. kelas boleh dikawal dengan selesa.

tetapi pada tahun ini, rata-rata guru sedikit terkejut dengan kemasukan pelajar tahun satu. bukan sahaja manja, malahan sangat agresif dan aktif. PDP dalam kelas berkenaan memaksa guru tidak senang duduk. bimbingan dalam 3 minggu ini, sedikit terganggu kerana guru bukan sahaj terpaksa mengawal pergerakan pelajar yang sebahagian besarnya tidak suka duduk diam.



hari ini, bukan sahaja terpaksa mengawal dalam bilik darjah, malah ada guru terpaksa mengejar pelajarnya yang berlari-lari keluar bilik darjah sehingga terpaksa guru besar datang membantu untuk mengawal pelajar yang terlalu aktif


bersabarlah sahabat-sahabtku, semoga hanya awal tahun ini sahaja menghadapi situasi seperti ini. setelah mereka biasa menerima arahan guru, mereka akan terkawal dan PDP akan berjalan lancar. mungkin ini kerana jumlah pelajar tahun satu pada tahun ini sangat ramai.

semoga anak-anak ini, menjadi pewaris muslimin dan muslimat yang bukan sahaaj berjaya di dunia malahan berjaya di akhirat kelak. 

No comments:

Post a Comment