Friday, 16 January 2015

#THROWBACK ; HUJAN VS BANJIR

nampaknya sekali lagi terpaksa memaparkan keadaan dhaif sekolah walau mungkin diusahakan penceriaan oleh pihak guru di sekolah ini. Guru besar berusaha keras sepanjang 3 tahun dan lebih giat tahun lepas memperjuangkan berkenaan bangunan sekolah. harapan 2014 telah berlalu, tiada tanda bangunan baru yang diimpikan untuk sesi 2015. bangunan uzur ini juga tetap digunakan.

jika panas, pelajar dan guru membuat pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam keadaan rimas dan  kepanasan kerana bebepa kelas kipas tidak berfungsi dengan baik. jika hujan, ada kelas bergelap kerana lampu hilang peranan. ditambah pula lantai yang mengalami kebanjiran.

tahun ini, penambahan pelajar sudah dijangka, sudah pastilah, setiap bilik darjah mengalami suasana sangat padat menambahkan lagi kondisi yang tidak selesa untuk sesi PDP.

#usanggelapdanpanas






SUASANA KELAS TAHUN 6 (GAMBAR DI ATAS)
#hujandanminibanjir








hebatnya sekolah. guru besar dengan pakaian raminya batik, mengorek dan mendalamkan parit untuk memastikan air hujan keluar dari koridorsekolah.

#bersempitberpanas













ada yang mmberi ulasan. BERSABAR. sememangnyalah cukup bersabar kerana itu pihak sekolah tetap berusaha untuk cuba mengubah keadaan ini. HIKMAH. MEMBUKTIKAN GURU SEKOLAH INI BUKAN JENIS YANG BATUK DITEPI TANGGA SEMATA

No comments:

Post a Comment