TERIMA KASIH
Terima kasih….
Mengajarku apa erti KESABARAN
Walau gelodak emosi melanda
Ada menanti setahun dua
Ada yang berbelas tahun juga,
KESABARAN itu masih tinggi Nilainya,
Adakalanya KESABARAN itu terkandas .. tersasul..
terletus juga.
Terima kasih….
Menunjuk aku apa erti KETABAHAN
Walau acap kali diuji cobaan…
Kekadang dilambung gelombang rasa diabaikan
Sering pula rasa dicincang.. walau tak nampak lukanya
Aku bukan bersendirian, masih ramai terluka jua
KETABAHAN mengundang seiring sebahu
Untuk menikmati Rasa KETABAHAN
Terima kasih…
Membimbing aku apa erti KEHARMONIAN
Walau.. sering kali masa dilanda tsunami
Menggegar.. menghancur tinggalkan puing-puing di
sanubari
Keamanan.. kedamaian jiwa acap kali digoncang..
Namun.. terbit satu ikatan muhibbah
Menggamit keamanan, kedamaian menali KEHARMONIAN
Menyimpul ukhwah nan sejati
Terima kasih…
Mendidik aku apa erti PERSAHABATAN
Ada kala bergembira tetapi sering juga berasa duka
Ada masa menangis tetapi ada juga bercanda ria
Ada yang kuat berusaha tetapi ada juga menanti saja
Umpama itik berlenggang balik ke kandang
Segalanya mewarnai erti PERSAHABATAN
Terima kasih…
Mengasuh aku apa erti MENGHARGAI dan DIHARGAI
MENGHARGAI tatkala apa yang diserah dibalas semula
Dipinta sejuta kali dilaksana sejuta kali
Walau yang di sana membukam memerhati
Yang di bawah pula menanti..
Menunggu balasan mengharap diri DIHARGAI
Di sana aku menyedari mana tinggi hargainya
Memberi dan menerima
Hari ini…
Tika ini …
Sekali lagi kuucapkan terima kasih
Hadirnya hari ini memberi HARAPAN
Umpama sinar bintang dalam kegelapan
Menyerlah keindahan melenyap kesuraman
Menghilang duka diganti manisan
Tatkala rasa dihambat ketawaran
Umpama datangnya garam menyelesakan lidah
Hari ini terima kasih kuucapkan
Memberi aku tahu erti HARAPAN
Buat insan yang DIHARAPKAN
HARAPAN pada hari ini… menyerlah
Akan kunanti buat sekali lagi..
HARAPAN yang bakal direalitikan.
Buat yang MENGERTI
Sabar itu satu hikmah
Tabah itu satu nikmat
Sahabat itu setiap saat
Hargai apa yang terlepas dan yang akan datang
Kerana ia suatu harapan
Terima kasih..
Terima
kasih…
Terima
kasih…….
11/01/2015 (dikemaskini pada 18/01/2015)
Lady Dee. Beaufort. Sabah
No comments:
Post a Comment